Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, January 31, 2015

my birthday

Semalam birthday aku...wah aku dah semakin menghampiri angka 40...oh xbestnya tapi kenalah terima hakikat kita ni makin bertambah usia. Nombor makin besar. Ok hari ni aku dapat keluar shopping ke mall selepas berpantang. Wah macam dapat apa, sukanya aku bukan main. Aku bawa Aziz je sebab yang lain tidur. 

Si baby aku dah susukan sebelum pergi tadi dan aku ada standby susu dalam peti ais kot- kot dia terbangun nak susu. Ayah dia jaga. Terima kasih ya abang tolong jaga bebudak. Aku nak beli barang untuk sukakan diri aku. Rasa macam dah lama je tak shopping dengan suami. Bila dah ada anak ni banyak sikit kekangannya. Mula- mula nak suruh dia hantar tapi anak aku yang Ammar tu batuk muntah-muntah kenalah pantau. Apa yang aku beli di Setia City Mall. Inilah dia...wallet baru sebab memang dah lama tak beli wallet. Bertahun dah. Tak lama pun pilih sebab syaratnya wallet tu kena warna merah dan banyak slot card je. Yang lama nak cari kedainya. Ialah aku bukan selalu pergi situ kan...



Saya suka...saya suka...kawan-kawan pakai Charles & Keith pun aku nak pakai. Huh...

Pergi situ je terus aku keluar SCM...aku menuju Tesco nak cari penimbang. Punya penat cari yang ada dah tak senonoh keadaannya so lari pergi Guardian. Dapatlah penimbang tu. Katanga tahun 2015 ni tahun jaga kesihatan. Haruslah ada penimbang. Murah je penimbang ni.


Bila timbang...ayoyo...nape turun sikit 
sangat ni...huwaaaa


Sebab pencuci muka dah habis.



Aku belanja Aziz air cincau. Tàk ada pula aku ambil gambar budak ni pakai cap hari ni. Ikut je mama dengan tak banyak karenah. Nak ajak makan sian pula di rumah tinggal lelama...sempat tadi aku masakkan sup ayam dan nasi dan basuh cadar yang kena muntah Ammar. Siannya anak mama, nanti aku cerita.


Sekian...















Wednesday, January 21, 2015

Susun baju anak guna hanger

Hari ni pepagi lagi dah lipat kain. Dua minggu kot aku dah longgok baju-baju tak berlipat. Sangat malas dan penat nak lipat lagi dengan anak kecil ni. Tahun ni rasanya macam nak kurangkan kerja melipat baju bajan ni so salah satu caranya ialah baju harian abang dan kakak digantung dengan hanger. Selepas basuh, hanger dan terus gantung je. Mama perlu lipat baju Ammar dan baby Aniq je pasni. Kurang dah sikit kerja melipat kain. Baju jalan masih di dalam almari baju.


Hanger ayah belikan. Warna biru untuk abang...warna pink untuk kakak.





Sekian...


Saturday, January 17, 2015

kisah sedih

Nak cerita sedih hari ni. waktu aku buat entry ni, semua 4 orang anak aku sedang tidur. Bolehlah mama berehat. Kisah pagi tadi dalam pukul 10 pagi ketika menghayun buai Ammar masa nak tidurkan dia...tiba-tiba spring buai terputus. Dengan aku, dengan Ammar terperanjat. Ammar jatuh terus nangis. Alahai kesiannya anak mama. Sedih sangat hati aku. Hancur luluh melihat anak jatuh begitu. Walaupun kepala dia alas bantal tapi badan dia tak. Mesti badan dia sakit. 

Sebelum ni aku dah suruh suami rendahkan buai tu tapi suami buat tak endah je. Tetamu yang datang ramai yang tegur. Aku malas nak cakap banyak or bising-bising pada suami sebab sekarang dia ni lain sikit. Kuat marah...aku bukan takutkan dia cuma malas je. Kalau aku yang naik baran...lagi teruk. Syaitan bertepuk tangan kalau time aku marah. Suami aku kerja hari ni. Dari pukul 9 pagi sampai sekarang tak balik lagi.



Selepas jatuh tu aku terus peluk Ammar kuat-kuat. Maafkan mama dan ayah ye. Mama dan ayah cuai. Aku guna buai bukan apa. Ammar jenis tidur tak lena. Agak Susan nak handle dia sekali dengan baby. Kalau berbuai tu lama sikit dia tidur. Kadang-kadang time buai tu aku boleh susukan baby Aniq. Boleh imagine tak?Lepas aku gosok-gosok dia, terus dia lena dalam tangis. Sedih aku.


Termasuk hari ni, dah 2 Kali Ammar jatuh buai. Ok lepas ni mama nak simpan je buai ni. Jangan berbuai lagi dah. Serik dah mama. 

Harus diingat untuk membuat pemantauan 24 jam kepada anak yang baru jatuh. Sama ada anak muntah, tak aktif, kesan lebam belakang telinga takut ada gegaran otak. 






Tuesday, January 13, 2015

Aniq Iqbal 1 month

Malam tadi pergi klinik untuk cucuk Aniq 1 bulan. Pejam celik sebulan sudah. Cepat betul masa berlalu. Mau tak cepat kan...
2 minggu kelahirannga asyik ulang alik klinik aje. Malam tadi dia tidur masa nak cucuk...kejutkan macam mana pun dia tak bangun so masa doktor cucuk...melalaklah dia terkejut. Aku pergi Poliklinik Alia. Memang rajin ke situ sebab panel suami dan orang tak ramai. Aku suka je...moga anak mama terus sihat...







Nak sanagat anak ada lesung pipit...lesung pipit ke tu? Hihihi...macam je kan...


Hadiah untuk Aniq...terima kasih semua...



Bye...



Sunday, January 11, 2015

Azam Tahun 2015

Apa azam tahun 2015? Aku punya azam ada 4:

1-berjimat- no shopping2 yang keterlaluan...tudung-tudung tu dah banyak sangat dah tu. Kena tahankan nafsu tengok blogshop ye. Tak mahu over budget lagi. Simpan duit sekurang-kurang rm1000 sebulan. Boleh ke? In sya Allah. Lagipun perbelanjaan isi rumah makin meningkat. Baby ada dua orang nak hangar Taska. Abang dan kakak dah sekolah tadika. In sya Allah nak ada kereta lagi satu. Em...memang kena berjimatlah...dan menabung.

2- Tak mahu kasar-kasar dengan anak@anak murid. Dengan anak murid taklah kan tapi rajin juga mama ni cubitlah...rotan anak-anak sendiri. So tahun ni tak nak dah. Biar ayah dia jek yang rotan.

3- Minum banyak air@istiqamah makan supliment. Sebelum ni memang ada makan supliment bagai ni tapi on off so kesan tak ada sangat. Air pun kurang minum. Umur dah makin meningkat ni memang kena sangat-sangat jaga kesihatan. Belakang ni asyik sakit-sakit je. Mungkin kesan berat badan dan pembedahan.


4-kuruskan badan. Ini azam zaman berzaman dan bersambung lagi tahun ni. Macam drama episod tak habis-habis...




Bye...


First day go to school@Tadika Integrasi Al Fateh

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba. Selalu abang sebut nak sekolah akhirnya hari ni dia akan ke sekolah. Moga perasaan teruja nak ke sekolah akan terus berada dalam diri dia dan adik dia. Ya Allah permudahkanlah urusan mereka di sekolah. Terangilah hati mereka dalam menuntut ilmu. Amin...

Pagi ni nak kejut si Amni je dia menangis. Abang dah bangun sendiri. Mudah je bila kata nak pergi sekolah. Mandi pun senang. Mama sebenarnya sedih tak dapat hantar anak mama ke sekolah hari ni sebab mama dalam pantang@jaga adik-adikmu. Huhu...mama nak sangat tengok abang dan kakak masuk sekolah. Tak sabar mama nak tunggu petang nak tanya abang dan kakak best tak pergi sekolah...






Update:
 balik sekolah tanya diorang best tak sekolah? Diorang jawab best...esok nak sekolah lagi...fuhh lega aku.  Aziz bawa balik hasil mewarna dia.



Yang bawah ni langsung dia tak buat...anak-anak...



Hasil mewarna anak aku Amni pula...huhu apa ni nak oi...



Bye...








Saturday, January 10, 2015

Suka Makan Pizza

Akhir-akhir ni memang sukalah makan pizza. Kalau boleh hari-hari nak makan pizza. Anak aku Aziz pun dah jadi minat makan pizza. Kalau beli tu banyak juga dia makan. Em...nanti my birthday nak belilah...nak kena belajar buat sendiri ni baru jimat...



Ni yang ayah Aziz belanja...



Bye...


Shopping Baju Budak-Pasaraya MU

Dalam pantang pun boleh shopping?...terpaksalah sebab hari Isnin abang dan kakak nak sekolah tadika tapi baju basahan tak banyak. Sehari 2 pasang pakaian kena sediakan sebabnya mereka sampai petang. Dari pukul 8 sampai pukul 4 tapi ayah diorang ambil pukul 6.30 petang. Sian anak-anak aku lama di tadika. Kereta satu je, kalau tak bolehlah aku ambil mereka pukul 4 tu. 

Aku shopping di mana? Shopping sini-sini je, dekat Pasaraya MU depan NSK. Tak kuasa nak pergi jauh-jauh. Aku kan masih berpantang so kenalah jaga juga kan walau hakikatnya macam dah habis je pantang gayanya. Aku angkat Ammar sesaja je. Ok dekat sini janganlah korang cari pakaian berjenama...memang tak adalah kan. Aku pilih2 pun tak tengok jenama apa. Aku pun tak tahu cuma not badlah pakaiannya. Kualiti masih ok dengan harga yang berpatutan. Aku ambil banyak helai tadi  rm190...bolehlah kalau nak shopping setakat baju basahan anak-anak kan...tapi kalau jenis tak kesah dengan brand, boleh je dapatkan baju jalan anak-anak dekat situ. Ada yang cantik-cantik juga dengan harga yang ok...waktu memilih tadi sangat ok sebab budak berdua tu ikut aku. Ammar dan baby dalam kereta dengan ayah diorang. Pilih-pilih suruh diorang try...

Dekat situ banyak lagi benda lain contohnya macam mainan. Huh mereka dah pegang mainan tapi aku suruh letak balik dengan alasan nanti ayah belikan...mama tak ada duit. Hehehe...sampai kereta maunya ayah mereka nak layan...sebenarnya bukan tak nak belikan...banyak dah mainan dekat rumah dan lagi satu, diorang bukan jenis cermat. Main je lah game ayah dah belikan tu...






Bye...


Friday, January 9, 2015

Kacau adik je...

Anak aku Ammar dapat adik ketika umur dia 1 tahun sebulan. Sian juga kan tapi dah namanya rezeki kan. Em...sepanjang aku berpantang ni, aku jaga sendiri anak-anak aku. Memang penatlah kan tapi walau bagaimanapun aku mesti cari masa rehatkan badan. Masa Ammar dan baby Aniq tidur, aku curi-curi masa tidur sekejap tapi biasanya tak dapat. So dapat berbaring pun jadilah kan. Abang dan kakak dah pandai bawa diri. Mereka selalu tengok cerita ultraman melalui laptop...jika nak minum milo baru minta. Ke toilet pun dah boleh uruskan diri sendiri. Alhamdulillah...hari Isnin ni pun start sekolah tadika.

Cerita pasal Ammar ni...em biasalah budak baru dapat adik dalam usianya yang tak tahu apa-apa lagi tu. Memang kaki sibuklah kalau aku nak menyusukan baby Aniq. Waktu tu lah dia mengacau. Pantang aku tak nampak, ada je dia sebelah baby Aniq. Dia ingat anak patung kot...hehe. Tengok je lah gelagat dia ni...








So jaranglah aku letak baby Aniq dekat bawah...selalu aku letak atas katil supaya Ammar tak dapat panjat. Apapun Ammar mudah diurus...moga terus jadi good boy mama sampai bila-bila...amin ya Allah...


Bye...


Wednesday, January 7, 2015

Drama KOREA

Dari dulu aku memang suka cerita Korea. Dari zaman cerita Full House dan Autumn in my heart lagi kan. Sekarang ni ada satu cerita yang aku tunggu-tunggu dan xsabar nak tengok bertajuk 'Today's Love"...Siapa hero dan heroin? Si Lee Seung Gi dan Moon Chae Won...Suka LSG ni masa berlakon cite King 2 Heart  bersama dengan heroin Ha Ji Won(pun minat juga)...suka MCW masa berlakon cite The Innocent Man bersama hero Soong Jong Ki(pun minat juga). Cite ni diakatakan akan mula ditayangkan pada 15hb Januari. Kena tunggulah sebab mesti masuk Malaysia lambat sikit sebelum tengok online kan...




P/s: belum dapat tengok The Hobbit...huhu...


Friday, January 2, 2015

Kisah Stoking

Kalau berpantang mesti kebanyakan orang tak lepas untuk mengenakan stoking kan tapi aku ni degil sikit...awal-awal berpantang lagi aku tak kesah berstoking. Rimas ok...dan pada minggu ketiga aku demam kesejukan. Bukan setakat stoking aku pakai, tapi berbaju sejuk dalam rumah. Memang sejuk yang teramat sangat. Cuaca pula tak menentu. kesimpulannya memang kena pakai stoking untuk elak masuk angin dan sebagainya. Sekarang ni memang 24 jam aku pakai stoking. Lebih-lebih lagi aku takut terdemam lagi.


 Kata orang bahaya demam dalam pantang ni. Boleh bawa sampai meninggal. Cerita ni ada diceritakan di blog Dr.Zubaidi. Lebih-lebih lagi juga si hb yang belikan stoking ni. Aku tak tahu corak ni je ke yang ada atau memang dia main ambil je. 3 pasang dia belikan, corak sama saja. 2 pasang warns biru, 1 pink...jadilah... Demam dalam pantang ni rasanya inilah kali pertama. Sebelum ni memang tak pernah demam just pening kepala sebab tak cukup tidur macamtu lah. Hari ni hari ke21 aku berpantang. Macam tak sempat je nak bertungku...macam tak sempat je nak berbengkung. kalau ikutkan semua tak sempat tapi sebolehnya kena curi-curi masa juga untuk kesihatan sendiri juga kan. Kalau dah sakit-sakit badan, sape yang susah? Diri sendiri jugak kan... Bab makan...huhu aku rindukan masakan suami ketika aku berpantang dulu-dulu. Sekarang ni adalah beberapa kali je dia masakkan aku. 2 kali bakar ikan...lepastu keesokan harinya aku cakap, biarlah aku masak sendiri. Ialah setakat ikan bakar masuk dalam pemanggang ajaib tu aku pun boleh buat. Kalau dulu-dulu ada juga dia sediakan sayur sawi bening. Huhu, terimalah hakikat si hb bukan macam dulu. Jangan nak mengharap sangat, nanti diri sendiri yang menderita. Masa mak aku ada dalam seminggu jugalah aku makan masakan mak aku. Mak Mertua aku dan kak ipar aku pun ada bawa makanan dalam minggu pertama berpantang. So minggu pertama berpantang makan memang sedaplah. Huhu. Tapi dah 2 kali ni lepas bersalin je suami belikan nasi arab...sedap. Namun aku lebih rindukan masakan dia. takpelah...dia juga yang tolong jaga anak-anak kan. Stress nanti dia kena buat macam-macam.


abang...belikan stoking kat Giant...RM1 je sepasang...

Tentang Jaundis Aniq Iqbal

Ye nama anak aku yang ke4 ni diberi nama Aniq Iqbal b Mohd Zaki.Em...xkesahle sama nama dengan anak member yang duduk sebelah rumah, janji aku suka.My hb pun ok je.Sedap kan nama tu.Ada maksud tapi masa tulis ni aku lupa dah maksudnya.Ok nak cerita sikit kisah jaundis si Aniq ni.Em nurse datang buat kali pertama untuk check mak dan anak. So nurse suruh pergi juga klinik kesihatan untuk check kuning baby sebab nampak no kuningnya. Siap2 pergilah kami klinik berangkut semua bala tentera kecik. Bacaan kali pertama ni 208. Memang kuninglah kan so esok kena pergi lagi.

 Esoknya kak edok anak beranak datang dan petangnya Mak, along dan Ary pula sampai. Kali ni Ammar aku tinggalkan dengan diorang. Ni hari ke lima Aniq tetapi kali kedua ambil darah. Ya Allah...bacaan terlampau tinggi iaitu 284. Doktor suruh kerapkan menyusu...bila letak di fb tentanb jaundis Aniq, ramai yang bagi petua.

Petua yang aku buat hanya beri anggur hitam tapi tak beli lagi. Oh ye disebabkan bacaan tinggi, takut mudarat pada baby, doktor suruh pergi klinik Bandar Botanic pada malamnya. So malamnya ajak mak sekali untuk pegang baby dalam kereta. Aku pegang si Ammar. Bacaan 225. Aku sedikit lega. Fuhh xpayah kena tahan wad tapi kena pergi klinik kesihatan esok pula. Hari berikutnya bacaan 284. Aku dah rasa stress. Balik tu menangis, suh si hb cari anggur hitam n susu anmum lacta. Petang tu juga aku bagi beberapa titis ke mulut Aniq sambil banyak-banyak susukan dia. Kadang-kadang perah paksa dia minum. Setiap 1@2 jam. Resultnya?bacaan 283...sikitnya turun...aku gandakan usaha bagi pg dan petang pula anggur tu. Perah dalam 2 sudu kecil tu masuk botol dan beri Aniq dalam 2 sudu kecil tu. (Macam kejam he kan...maafkan mama ye Aniq...demi untuk mengurangkan jaundismu)...untuk pengetahuan, kalau jaundis ni tinggi boleh effect kat otak dan tukar darah.

 Hari berikutnya bacaan di klinik kesihatan 272. Banyak turun ni so aku dah xbagi anggur tu...maknanya adalah dalam 4 ke 5 kali je bagi. Ni bacaan jaunsdis Aniq seterusnya dari start kena... 

208- meru
284- meru
225- Bandar Botanik
283- meru
272- meru
243- Annika
237.2- Hospital klang
174- meru
143- meru

Sebenarnya ubat kuning@jaundis ni bagi susu bebanyak je tapi agak perlahanlah kan dan kena banyak sabar. Bila baby banyak berak tu bagus untuk buang kuningnya tu. lagi banyak berak lagi bagus. So total Aniq kena cucuk 9 kali tapi eh yang last cucuk tu entah kenapa tak tahu salah siapa. Sampai 4 kali Aniq kena cucuk sebab tak keluar darah. Sian anak mama...dan pengalaman yang xdapat dilupakan ialah pengalaman di Hospital Klang...hoho. Sampai pukul 10.30 dan habis pukul 4 petang. Terpaksa pergi situ sebab hanya Hospital Klang sahaja yang buka pada hari Ahad. kalau tau keadaan sesak macamtu, mama tak kan pergi. Boleh ke?Tak boleh-tak boleh...takpe mama penat, janji anak mama mendapat pemerhatian yang secukupnya dan sihat. Kalau aku kayaaaaa...tetiba...lagi satu, ambil darah dekat tangan...dan sampai sekarang kesan darah tak hilang kat lampin Aniq. Diorang kata Aniq agresif. Ye aku dengar Aniq nangis meraung kat dalam bilik cucuk. (mak2 tak dibenarkan lihat semasa proses mencucuk)...kalau kat klinik biasa boleh je tengok...huhu... Apapun...Alhamdulillah...anak mama dah bebas kuning. Doktor cuma pesan banyakkan menyusu. Sekarang ni memang Aniq kuat sangat menyusu sampai mama kurang tidur malam. Sejak bersalin pun dah kurang tidur. Siang dan malam ye. Tidak mengapa...ini namanya anugerah.
sekian...babai...



Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014