Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Thursday, August 5, 2010

Aku leaking............

Bertarikh 17/07/2010 jam 11.30 pagi

Semasa menonton televisyen...tetibe je air jernih keluar hingga membasahi lantai dan kainku. cepat-cepat kucapai kain batek dan habis separuh kain batek tersebut basah dengan air jernih tersebut....air ape ni?? aku terus capai telefon untuk telefon mak di kampung untuk menanyakan hal tersebut.

mak menyuruh aku bergegas ke hospital...kerana katanya itu tanda aku nk bersalin.tapi abang?aku telefon abang...1 kali, 2 kali, 3 kali, 4 kali masih xberjawab..akhirnya aku bagi mesej sahaja...mane perginya??ada program di luar sampai xboleh nak angkat telefon. aku semakin cuak. ini pengalaman pertamaku dalam hal-hal begini. Kalau nak diikutkan date due bersalin aku lambat lagi. sekarang ni baru nak masuk 33 minggu...ish mana abang nih?

Akhirnya abang telefon semula jam 12 tgh. Dia kate sedang on the way...aku mengucap syukur.

Jam 12.30

Abang sampai di rumah. Aku sudah bersiap sedia berpakaian kemas dan mengemas beg pakaian kerana aku rasa akan ditahan. Kami bergegas ke UMRA untuk pemeriksaan dan pemeriksaan mengatakan aku akan bersalin esok atau lusa. Namun UMRA terpaksa menolak aku kerana tidak dapat mengambil kes bayi pramatang...makanya kami ke PPUM.

Jam 1.30 tgh

Terus ke labour room untuk pemeriksaan. Jalan keluar masih tertutup dan aku masih belum merasa kontruksi. Makanya aku ditahan di wad dan mengenakan pakaian warna pink...maka bermulalah kehidupanku di wad bersama teman-teman yg lain...setiap 12 jam aku dikenakan suntikan menguatkan paru2 bayi yg akan lahir...di punggung.

Jam 4.00 ptg

Aku dipindahkan ke wad di tingkat 2 wad bersalin. Berkenalanlah aku dgn Kak Za, Kak Sya n Kak Sally yang sama menunggu kelahiran dan kontruksi...


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014