Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, December 21, 2013

Bercabaran : Day n night cream from Garnier

em...semalam aku ada beli produk garnier. Memandangkan muka aku ni kusam,ada bintik2 hitam, pori terbuka makanya aku mendapatkan 2 produk ini untuk dicuba. Harap2 memberi kesan kepada muka aku. Sales person kat Watsons tu siap bagi free gift mask lagi kat aku. Tak pernah bermask bagai makanya balik rumah terus cuba dan best sgt....sejuk jek...harus beli lagi...hehehe...kenapa nak cantik2 ni? kenapa nak kurus2 ni?Iyalah...dah 3 series katakan...suami maintain badan tapi isteri makin selekeh ni apa ke hal kan...em,walaupun anak dah 3, kesedaran kena ada walaupun terlambat keretapi...


mengahrapkan mukaku pinkish2 gitu...

mengharapkan mukaku lebih cerah sikit jek....



sekian babai...


Saturday, December 7, 2013

Kilauan emas...

Finally,aku beli juga rantai...ye...cerita nya petang tadi aku ajak my hb pergi PKNS untuk cari rantai dan trade in rantai lama yang asyik putus aja...kebetulan harga jatuh banyak banget...sampai rm135/gm. Dekat emas Sri Pinang n kebanyakan kedai emas di  PKNS tu. Makanya aku pergi  Kedai Emas Mirza/DNA. Masuk pintu utama dah nampak kedainya di tengah2 laman...design aku beli tu namanya pahat mesin katanya...hehe jadilah...nk design cantik2 mahallah. 


aku n my little princess punya ...nak cepat punya pasal sampai lupa nk beli loketnya...lain kalilah pulak...ada rezeki mama belikan kakak gelang tangan pula ye.


Tuesday, December 3, 2013

Emas oh emas

sebut tentang emas ni,memang mahallah sekarang ni...cume lately ade penurunan sikit.ingat nak trade in lah...rantai yang banyak tempat putusnya tu...em,cumenya bile trade in,harganya jatuh ckt...bukan sikit tp banyak...macam sri pinang, diorang ambil 113 segram,,,huhu,


bolehlah difikir-fikirkan nanti...mungkin pergi dekat PKNS sebab selain Sri Pinang,banyak lagi kedai emas kat situ...

sekian...babai...


Sunday, December 1, 2013

Lamex wallcovering...

Akhirnya dinding di rumahku terhias dengan Lamex Wallpaper...nk wallpaper korea bagai mahal...ok jgklah ni...nk tukar langsir baru plak thn depan...aku cari ni kat  Plaza Massalam...boleh tengok2 design kat sini...lg cantik design,lg mahallah...http://www.lamexwall.com/


Si Aziz ni dah pandai main game...khusyuk jek kalau dah pegang benda alah tu...

sekian...babai...


Goodies bag dari Salam

Aritu check out hotel...x kot...cantik lg bilik+bilik air kat UMRA. Dapat beg ni...mcm2 ada dalam beg ni. Aku minum gamat dr Pampering Kit tu dengan penuh berhemah sekali. Air akar kayunya jek yang xbape nak lalu...lain2 tu brg baby macam bedak,losyen,krim dan sebagainya....


sekian dulu...babai...


Saturday, November 30, 2013

Beli shawl lg...

sekarang asyik nk beli...beli...beli...beli...shawl jek.aritu beli ni

Radiusite...

Al-Humaira

Al-Humaira

asyik3x mermbeli jek...bile mau menyimpan ni...aku x beli semua ni secare serentak pun...hehe...

sekian...babai...



Anak ke3@putera ke2

Hari ini 1/12/2013 genap ankku yang ke3 berusia 1 bulan...nak cerita sikit tentang kelahiran dirinya. untuk yang ang ke3 ni, aku memilih bersalin di Salam medical centre...sebab macam2 pulak dengar tentang UMRA. Tak payahlah cerita...aku start check kat Salam waktu usia kandungan 8 bulan...dengan Doktor Siti. macam2 dengar pasal Doktor Siti Mariam ni. Semua yang baik2,..dan terbukti semasa montly check up dan ketika aku nak bersalin...bacaan ayat suci al Quran memang menjadi rutin.

31 hb 11 hari Khamis macam biasa aku check up pregnancy macam biasa...bukaan dan 5 cm katanya. minggu lepas 3 cm disuruh balik. Kali ini, Doc Siti xbagi balik walau aku xsakit cuma lendir banyak keluar sahaja. Doc hanya bagi aku keluar untuk makan sahaja. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Aku dan suami pergi makan di Restoran Mak Jah kemudiannya aku minta dia hantarkan aku ke sekolah...banyak benda aku nak settle di sekolah...samapai sekolah jam 1 tgh...ramai rakan marah2 supaya aku balik sahaja...mereka takut aku terberanak kat sekolah.hehe...namun waktu ni aku masih xrasa sakit...aku siap masuk ke kelas menguruskan fail murid2ku...dan solat Zohor...pukul 2 lebih...suamiku ambil dan kami terus ke hospital...dalam kereta PA doc telefon dan suamiku kata dalam perjalanan...hehe...dalam hati aku dah cuak...jantung bergerak laju sekali tapi aku cuba tenangkan diri...sampai hospital, Kak Seri dah tunggu dan terus bawa aku ke labour room...suamiku tunggu di luar dan dibawa ke bilik untuk menunggu.

waktu tu pukul 2.40 ptg. aku menjalani CTG, diberi ubat berak dan bertukar baju...aku fikir, waktu itu aku mmg betul2 perlu bersedia...pukul 3.30 ptg, nurse pecahkan ketuban. Suami aku dibenarkan masuk. Tangan aku dicucuk untuk dimasukkan air. Juga diberi antibiotik kerana aku GBS. Start pukul 3.50 ptg, aku start sakit. Bermua dr itu, setiap 5 minit, kesakitan pun datang...tak lekang bacaan ayat Kursi di dalam hati. Setiap kali sakit, aku pegang sisi katil dengan kuat...pukul 5.00 ptg, doc masuk dan check bukaan...bukaan aku sudah 8 cm...nurse bergegas menyediakan peralatan dengan cepat...3 org nurse bersama Doc Siti berada di sisi. Suamiku hanya diam. Mungkin pertama kali melihat aku bersalin...aku mmg nak suruh dia tengok.hehe...Doc dan nurse suruh aku teran...angkat kepala dan pandang dada...teran sekuat hati...maka pukul 5.07 minit,lahirlah puteraku yang ke2 dan anak yang ke3....anak yang ke3 paling mudah dan menyenangkkan. Syukur alhamdulillah...Terima kasih ya Allah. seminggu selepas itu, anakku diberi nama Ammar Zakwan Bin Mohd Zaki...alhamdulillah ya Allah...kali ini aku xberpantang di kampung...suami mengambil cuti 2 minggu dan selebihnya aku pandai2 sendiri jek...anak dah 3 kan...hehe...


moge jadi anak yang soleh ye...amin...

sekian dulu...babai....


Menjejak Anggun Zara

Kenal ke Anggun Zara...em. Sesiapa yang xtahu, Anggun Zara ni blogshop yang jual pelbagai jenis shawl...macam Radiusite, Al Humaira, Terbaik dari ladang dan seangkatan dengannya...so aritu aku ada beli 2 helai shawl dari Anggun Zara ni...material yang sangat best, mudah dipakai, besar, panjang...boleh digayakan dengan macam2 gaya...oklah sangat. aku yang baru berjinak2 nak bershawl ni pun boleh pakai dengan mudahnya...


inilah 2 helai shawl yang aku beli...warna black dan dusty grey...nama tudung ni elle...so sambung cerita...dlm fb Anggun Zara ni kata ada pembukaan butiknya di seksyen 7 hari ni, so aku yang belum habis pantang ni pun menggedik ajak si abang...maka terjah lah ke butik ni. time aku pergi xramai orang...aku sempatlah rembat selai shawl corak love kecik2...apa yang besnya...layanan ok (siap buat tutorial)...ada goodies bag best (dapat shawl free yang best jugak) n ada disediakan makan2...xrugi pun pergi...walaupun terpaksa pergi sesorang jek...kalau ada geng lg best rasanya...sebelum pergi Anggun Zara aku menjengah jualan member`s card Ariani.walau dah harga member pun still mahal jugak..aku pun blah...xde kad pun. ingat nak buat tp xjadilah...xminat sangat pun...hehehe..minat nak tgk Wardina jek...



yang biru dan bunga tu dari dalam goodies bag...yg love shawl tu aku beli...rm35 jek...hehe...balik terus try dan sangat best...




Sesiapa nak beli online boleh beli kat sini



Tuesday, June 4, 2013

Bercuti Ke Pulau Tioman...

Hai kembali...ini cerita minggu pertama cuti sekolah minggu lepas...em...aku n famili (macam ramai jek) pergi Pulau Tioman...percutian yang tidak dirancang. Memula kitorang mandi di Gunung Belumut. Sebelum pergi tu aku call chalet kat Pulau Tioman. Peh, ada kosong! Dengan rm170 semalam aku rasa oklah...malam sebelumnya memang aku dah google banyak tempat dan ambil nombor telefon tapi disebabkan aku nak pergi jugak Kg. Tekek ni so aku call chalet ni. Tengok review pun orang bagi 3 bintang kat chalet nih...Kalau dah namanya chalet jangan nak berangan macam hotel plak kan...nama chalet yang aku duduk tu Babura Seaview...harap-harap memang kat pantaile. Harap-harap buka je tingkap nampak dah pantai...

Esoknya hari Isnin tu aku bertolak kol 9.30 pagi...(awal bebenor ye)...ye lah dengan nak siapkan bebudak lagi...perjalanan pergi ambil masa sejam je. Dari rumah Mak di Kluang dengan Mersing ye...bukan dari Selangor.

Sesampai tu belilah tiket feri n Taman Laut.3 tiket termasuk Aziz anak aku yang sulung. Infant tak kena bayo. Feri pukul 12...Lamalah lagi nak tunggu. Aku pergilah beli makanan ringan untuk bebudak tu...roti, air macam-macamlah( kena beli sebab dalam feri memang sangat membosankan, kena ada makanan )
bording pas

Feri dah ada kat sebelah tu...tinggal tunggu gate bukak je...
Perjalanan lebih kurang 2 jamlah..letih melayan bebudak tak tido...nasib ada makanan. Permandangan nampak laut je lah...sesampai di jeti Tekek selepas melalui Kg Genting n Kg Paya. Tak takut terbabas perhentian sebab anak kapal (betul ke) akan teriak Tekek!Tekek!...

Turun daripada jeti menyeberang jambatan dah ramai yang tunggu offer motosikal, chalet dan kereta...offer nak hantar ke chalet...ramailah yang tunggu kat situ. Kitorang decide ambil motosikal aje. Senang nanti nak berjalan. Kena rm80 (mak aih, baca kat blog orang lain kena rm70 je), malas nak fikir ambil je sebab dia kata kalau pancit pun tak apa,minyak diorang isi...Motor naik 4 org...Kalau dah bertambah ahli keluarga dah tak boleh ni...

pandangan di jety
Terus cari chalet...rupa-rupanya rm170 termasuk breakfast pagi esoknya..bestle...Restoran tepi laut.



view dari tingkap bilik...bilik kami kat bawah...


Petang tu juga kami meronda kampung ni. Dulu sebenarnya aku dah pergi masa zaman di IPG tapi xdelah  namanya bercuti kan...
pengangkutan kami di sini...

Ke Taman Laut...Tempat ni memang cantik...kat jeti Taman Lautlah orang akan snorkling tengok hidupan laut tapi tak pergilah...just layan bebudak ni je ke sini...





Ronda lagi...di sini ada lapangan terbang...selalu orang yang ambil pakej di Berjaya (nama salah satu penginapan di sini )akan sekali dengan  kapal terbang. Ada ATM just BSN, sekolah, dan poliklinik..Kedai makan sangat banyak. Bebudak ni boleh tertido atas motor plak.


Sementara bebudak tido...hb pergi beli abc dan wafle (aku yang minta), memang dah perasan masa ronda. Pas hb balik, aku plak g beli sourvenir dan sotong. Dalam pukul 5 petang diorang bangun ajak terus mandi laut...





Malam pula makan di Restoran Delima. Kawan yang duduk sini suggestkan...makanan memang sedaplah dan service memang pantas. Dalam 5 minit je makanan kitorang dah siap buat...padahal ramai jek customer...kena rm24. kami makan bungkus jeklah memandangkan pemandangan laut sebelah tu waktu malam bukannya nampak pun...kalau kat bilik lagi best (ayat malas nak layan anak ligat kat meja makan, kalau berdua maunya makan di situ saje...). 

Malam tu tido. Terjaga pukul 1 pagi, angin bertiup kuat sangat. Menjengah ke luar rupanya hujan lebat. Habis bangku plastik kat luar tunggang langgang, baju yang disidai di luar pun terjatuh. Pokok kelapa kat sebelah macam nak tercabut....seriau jek...

Sempat juga snap gambar kat luar waktu  hujan tu....

SELAMAT PAGI....hari ni nak balik dah...macam sekejap jek...memang pun.hahaha...tapi tak pelah. Nama pun percutian tak dirancang...Lepas makan pagi, terus ronda ke Berjaya...memang cantiklah laut dia...ke Taman Laut tengok ikan. Suka Aziz bagi roti pada ikan-ikan tu...lepastu habiskan masa dengan mandi lagi....nama pun pulau semestinya aktiviti mandi tu wajib kan...

Berjaya...mahal tp mungkin suatu hari nanti. waktu ni air surut kat sini...
Banyaknya fish...kata Aziz
Mandi lagi...

Berkemas dan nak balik dah...di jety menunggu lagi. Feri dijangka pukul 12 tapi dah kena pergi seawal jam 11 ye...

Penat menunggu...orang semakin ramai...


List:
pergi 27 hb balik 28 hb 5 2013

tiket feri : rm200 (rm70 dewasa pergi balik.rm60 kanak2 pergi balik)
makanan ringan +air pergi balik : rm30 (layan bebudak)
makan malam :rm24
sourvenir+tsihrt 2 helai :rm100
sewa motor : rm80
makan tgh di jeti mersing: rm24
sewa chalet : rm170

total : rm628

ada yang aku bayar...ada yang hb bayar...so tak terasa sangatlah...





SEKIAN DULU...




Monday, April 29, 2013

Bonus ayah belanja apa?

Semalam fikir nak makan apa petang2 tu...mama pun minta belanja ni kat ayah...


Dominos in my house...sedap...ambil set NIM 1

Tahun ni ayah dapat bonus n kenaikan gaji yang agak banyak....Prestasi pun bagus...Tahniah ye ayah...Berusaha lagi/ tau...
Bila lah mama nak ada bonus banyak2 ni...

Sekian dulu...





Beli Steam Steriliser...yeeee

Alkisahnya semalam aku g Littlewhiz warehouse sale...last day...aku pergi dengan anak aku yang sulung tu...apa yang aku grab?em...ini ha...

Beli ni dengan harga rm97.40...sangat cantik. ingat nak beli little bean or jingle jungle tp xde stock dah...dapat ni pun ok gak. Murah plak tu...botol tu 2 kotak sebenarnya. 2 box rm50 bumble bee

Warna biru yang sangat menawan...



Dah cuba dan sangat senang digunakan...Alhamdulillah...dapat jugak beli benda ni.

Sekian dulu...





Masak Ketam dan Bikin Pavlova di hari minggu

Hari minggu lepas buat apa?Em...pepagi lagi aku dah ke NSK nak cari bahan. Bahan apa plak kan?Ha...bahan hiasan untuk pavlovaku yang pertama kali...Ye, aku bercita2 nak buat pavlova tapi sebelum tu aku ambil ketam 2 ekor dengan siakap sekor...terliur plak tengok bahan basah banyak sangat pagi tu..sampai rumah terus masak lemak cili api untuk ketam tu. Dah lama teringin nak makan ketam. Ada lah setahun sekali makan ketam. Cakap dengan hb aku teringin pun dia lupe dan buat2 lupe. Sekarang ni kalau aku teringin nak makan sesuatu aku sendiri jek cari...Lainlah minggu lepas, aku teringin minum abc, dialah carikan...masa siang ketam tu, hb cakap nape dibuang semua...alah...macam janggut tu. Apa ntah...aku jawablah aku siang mana yg aku tahu...nama pon setahun sekali makan...siang ketam manalah nak tahu sangat.hehehe...Pukul 1.30 selesai makan dah...sedap isi ketam tu...2 ketul rm10 hengget ko...ketam biru tapi memang besau le...hb aku kata 2x yg aku pilih tu jantan. Agak kurang isi berbanding betina. Manalah aku nak tau beza jantan ke betina...lepas makan, wat pavlova plak...

Cerita pasal pavlova ni, 2 kali aku wat. Memula tu aku masuk oven, aku terset 250 c, 10 minit  jek pastu hangus...(walawei sayangnya telor 4 biji aku tu...) Macam mana leh aku terpusing sampai 250 tu dengan begitu komfiden sekali. Patutnya antara 100-120 c sahaja selama 1jam hingga 1 jam 15 minit...maka dengan gigih aku wat lagi acuan tu...dan masukkan dalam oven dengan berhati2 sekali...Aku rajin ni pun sebab dah lama mixer yg hb redeem tu xdibuka2.

Aku ambil resepi tu kat blog http://www.azlitamasammanis.com/ .memang terer dia ni. Kakak Ngah aku yang rekomen blog ni. Masa tu sibuk nak buat cheese tart. Memang dia tunjuk satu2 cara buat. Kakak aku terer wat cheese tart tau...siap demo kat kami adik-beradik...sedap!!!

Resepi pavlova

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita ( nama Tuan blog tu ) letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.


adunan yang bawah  xkeras macam sepatutnya...lembik jek...hehe tp sedap gak cume manis ya amat...

sekian dulu...


Saturday, April 20, 2013

Ke USS ( Universal Studio Singapore )

Cerita ni dah terlalu basi...sangat basi dan basi...tersangat...tapi aku nak letak juga dalam blog aku yang sepi ni supaya aku boleh baca bila dah tua nanti...hehehe...

aku sekeluarga bermaksud aku, suami n anak yang berdua tu lah pergi ke USS mengikut rombongan sekolah pada akhir tahun lepas ( mak ai...sungguh lama wei...cerita ini, sampai tarikh pon lupa) Nak cerita yang aku secara tulusnya memberitahu aku sekarang dah ada pasport disebabkan rombongan tersebut (walawei ciannya ) dan secara tulusnya juga aku kata inilah journey pertama aku ke luar negara (ketawakan dia)...xpelah kan, janji merasa menjejakkan kaki ke negara orang lain...Kitorang naik bas. Ada kat sekolah seawal jam 5 pagi...Fuhh ngantuk beb dan yang bestnya kami orang kedua terakhir sampai...malu wei tapi xpe, ade yang lambat lagi...

Memang sempit dan kurang nafas aku dengan 4 orang duduk 2 kerusi. Aziz pangku ayah dia, Amni pangku mama dia...Sungguhlah...Maka ni sedikit gambar sebagai kenang-kenangan aku sekeluarga.


Sesampainya di Kastam Singapore...


Kami sudah sampai...yahooooo....lagi beberapa tapak jek nak masuk...


Jangan lupa masuk rumah Shrek ni ye...ade wayang 4D...xmenyesal masuk tau.


Jangan lupe singgah Transformer ni...best n begitu teruja dalam ni...meh kita berperang ngan robot...
tempat pertama kami masuk. Aziz ni asyik suruh suami dukung je...ish3...Aziz...


Sini pula menyeramkan sikit tapi jangan tak masuk juga...hihihihihihii....aku suka tempat nih...

 

Layan Aziz masuk Madagascar tapi tak kurang best jugak...memula xpeluk aku...tapi bila start binatang2 tu bercakap, dia pun start peluk aku...hehehehe...ada gambar dalam ni diorang ambil secara sembunyi, nanti leh beli kat luar...actually...semua tempat rasanya ade jual gambar . Diorang ada ambil untuk kita.

Aku dan suami memang naik asing2 jek...naik single rider jek sebabnya kalau nak tunggu turn...maunya 40 minit tunggu untuk masuk sesuatu tempat tuh... aku rock jek...tapi seram gak lalu kat The Mummy tu sorang2...hehehe cubalah...kat sini air mahal wei...satu jek 5 dolar...aku tukar rm500 baru dapat seratus lebih dolar tapi tu pun xhabis...apalah nak dibeli ek....

Nasihat supaya bawalah air n makanan anak mencukupi...bawa budak ni letih n nak jaga makan minum diorang lagi...hehehe tapi xpelah...janji happy kan. Biar penat sikit xpe.


Aku setakat membeli ini sahaja untuk kenangan dan cenderahati untuk adik beradik dan keluarga suami. FM ni pon sudah berharga $4.90. Aku beli dalam 10 kot...itu pon dah lupe...

Sekian dulu ye...







Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014