Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Tuesday, June 7, 2016

Puasa Hari Kedua

Alhamdulillah sudah hari kedua berpuasa. Semalam juadah berbuka bihun sup dan hari ni masak ayam lada hitam,salad sayur dan pencuci mulut sagu gula merah. Sekarang ni juadah berbuka memang tak banyak. Sejak aku berkahwin kot dan sejak dari dua tahun lepas memang jarang ke bazar Ramadhan. Terikut perangai laki akulah tu...dia kurang makan orangnya. The o panas sentiasa ada masa berbuka. Air sejuk tak ada pun tak apa sekarang.

Sebulan adalah dua kali pergi bazar tu pun tak ada apa yang dibeli...paling-paling air soya panas. Suka masak ringkas-ringkas sahaja di rumah. Masak dan makan apa yang ada saja...tak ada beria-ria. Abang dan kakak pun masih belum berjaya berpuasa penuh makanya sarapan, makan tengah hari, makan petang sentiasa makan sajalah...

Semalam Mr Z bawa balik kurma besar-besar...rumah ni sentiasa ada kurma sebab aku dan suami memang suka makan kurma. Abang dan kakak pun suka. Masa ambil report card mereka pun dapat kurma seorang sebekas tupperware. Bulan Ramadhan ni kurmanya mestilah istimewa sikit dan diagih-agihkan juga untuk dibawa balik kampung.


Besar-besar kan? Puas makan satu dah kenyang...berlemak rasanya...macam bawa balik hadiah gayanya sebab kotaknya cantik.



Sunday, June 5, 2016

Ramadhan di tahun 2016

Yeay...yeay esok pose...yeay....yeay esok pose...ada ke yang suka sangat bila esok puasa kecuali suka sebab esok nak raya...mesti ada kan. Setahun sekali je pun kita sambut bulan Ramadhan ni. Diharapkan tahun ni menjadi Ramadhan yang lebih baik dan sempurna pada aku dan keluargaku. Juga kepada semua muslimin muslimat di muka bumi ni...jangan lupa niat hari-hari dan niat sebulan terus. Abang start puasa dah ni...


Selamat berpuasa semua...Alhamdulillah syukur diberikan kesempatan lagi bertemu bulan Ramadhan di tahun 2016 ini...


Google : blog Permatabiru



JJCM Seoul Garden

Hari Khamis lepas ajak anak aku abang dan kakak pergi makan di Seoul Garden...memang ingat nak pergi pun. Beranikan diri pergi sebab dah teringin sangat nak makan kimci tapi tak tahu nak cari mana. Sekali pergi memang best dan baru tahu rasa kimci macam mana. Rupenya orang Korea ni suka masam-masam dan pedas-pedas juga. Lain kali boleh pergi ajak Mr Z pula...abang kena bayar tapi kakak tak kena bayar sebab di bawah ketinggian 1.9 katanya.

Wah...memang sedap-sedap...aku paling suka daging dan ayam dia. Banyak betul aku makan...main bakar-bakar lagi. Makan tu cicah sos korea. Oh ye,datang terus pergi kaunter bayar dulu. Aku kena rm67 untuk tiga orang dengan 3 cawan diberikan. Air boleh tambah sesuka hati. Macam-macam air ada.

Banyak sangat dah blog letak gambar makanan dekat situ so aku letak gambar yang aku ambil je lah...tu pun ada yang tak tertangkap kerana khusyuk melayan tekak sendiri. Bila dah datang, rasalah semua ya...abc,cendol dan aiskrim pun ada...

Kimci...atas sekali tu macam sayur kobis yang dijerukkan...memang ye kot. Aku pilih tomyam sup walaupun teringin Korea sup dia.

Teriyaki chicken, coffee beef, curry chicken, dori fish...macam-macam lagilah namanya aku dah tak ingat...
Budak berdua ni...baru duduk dah dua cawan air. Lepas tu mengadap aiskrim dengan abc je. 

Kalau yang nak mi goreng dan nasi goreng pun ada...tekak Melayu berpisah tiada. Namun tak berapa nak sedaplah masakan dia tu..hehe...ni aku makan di Setia City Mall. Oklah juga tempatnya...tingkat LG paling hujung sebelah Johnny's Restaurant.


Ok bai...




Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014