Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, December 25, 2015

Program Pengkarya Guru 2016

Di bawah ni ada iklan bagi yang berminat untuk menghasilkan karya di masa akan datang. Ustaz di sekolah aku dah berjaya tamatkan program tersebut tahun ni...aku ingat nak mohon jugalah. Tengoklah macam mana nanti...



Permohonan Pengambilan Peserta Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016

21 December 2015
Permohonan Pengambilan Peserta Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016
Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM 2016 anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:
·         24, 25,26 dan 27 Mac 2016
·         21, 22, 23 dan 24 April 2016
·         26, 27, 28 dan 29 Mei 2016
·         11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016
*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. 
Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.
Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke mbkmmoe@gmail.com sebelum 31 Januari 2016.

www.moe.gov.my

Saturday, December 19, 2015

Minat Korea: Kim Hyun Joong

Sejak 3 minggu kebelakangan ni aku dah dapat penyakit gilakan artis Korea. Artis tersebut ialah Kim Hyun Joong namun minat aku sebab dia ni comel dan lagu dia sedap didengar...Sebelum ni memang aku tak layan lagu Korea tapi disebabkan lagu yang dia nyanyi, aku jadi suka...

Namun, kalau dah minat janganlah sampai kehidupan dia pun kita nak ikut...itu tak boleh. Dah nama pun bukan muslim kan...dah tentu-tentu gaya hidup dia pun tak macam kita. Minum arak, warna rambut, pergaulan bebas dengan perempuan tu mungkin dah biasa bagi dia. Cerita terbaru KHJ ni sekarang dia sedang ikut military service  kalau di tempat kita ni PLKN tapi di Korea, diorang akan mengikutinya selama 2 tahun. Habis nanti pada Februari 2017. Banyak lagu dia yang aku suka seperti Please, Please be nice to me, Kiss Kiss, Your Story dan Gentleman. Dulu dia bergerak secara berkumpulan dikenali dengan SS501. Lagu diorang pun sedap didengar seperti Because I'm Stupid (ost Boys Before Flower ), Love Ya, 4chance, Calling For You dan Let me be the one...

Sejak 2014, banyak gosip tentang KHJ. Dia dikaitkan dengan kekasaran kepada wanita dan terbaru hubungannya dengan ex girlfriend dia yang dikatakan mengandungkan anaknya. Sekarang masing-masing sedang menunggu keputusan Dna sama ada anak yang dilahirkan anak KHJ atau bukan...kita tunggu 2 minggu lagi cerita tersebut dan bolehlah intai-intai di www.soompi.com/tag/kim-hyun-joong/
untuk mengikuti cerita drama Korea versi real ni...

Ada yang tak kenal dengan KHJ ni ke? Dulu-dulu dia popular dengan drama Boys Over Flower dan Playful Kiss...ini ha dia...


Lahir pada 6.6.1986 (29 tahun) 




Bergerak solo start 2011 hinggan kini...


Start berkumpulan 2005-2010
Gambar:  ...google...


ps: Korea-Korea juga, solat dan Quran jangan dilupa...


Update : berita terkini tentang KHJ, berdasarkan hasil ujian DNA adalah sah 99% menunjukkan KHJ memang ayah kepada bayi Ms Choi ex girlfriendnya dan dilaporkan mereka pernah tinggal bersama selama 2 tahun serta Ms. Choi pernah keguguran dan menggugurkan bayi mereka. Nauzubillah...macam-macamlah. Moral of the story, cantik di luar tidak bermakna cantik di dalam. Macam buah epal dalam cerita Snow White...sangat cantik dan nampak sedap dimakan namun beracun...KHJ dikatakan akan bertanggungjawab kepada bayinya namun tidak mahu kembali kepada bekas kekasihnya itu. Sambungan cerita mungkin selepas dia kembali selepas training military. Aku pun nak tahu, selepaa kes ni, dia akan sambung karier dia atau sebaliknya sebab bila baca komen-komen selepas keputusan tu keluar memang banyak yang mengecam...idol lah katakan...mesti ramai yang marah.

Masih dengar lagu KHJ? Masih lagi...huhu.





Ok...itu dulu...bye....



Friday, December 18, 2015

Kaedah Membaca

Minggu lepas aku pergi bayar yuran tadika anak-anak aku. Yuran tadika naik Rm70 sebulan dan yuran tahunan mencecah Rm1000.++. Aku sambung je mereka belajar di situ sebab aku tengok tiada masalah cumanya Aziz belum pandai membaca sedangkan anak rakan-rakan aku yang berada di Little Caliph sudah boleh membaca dengan lancar. Aku tak salahkan tadika cuma risau juga dengan perkembangan anak-anak. Sepatutnya sudah boleh membaca sikit-sikit tapi memang Aziz hanya boleh bunyikan huruf vokal je...aku tak tahu puncanya sebab apa. Mungkin juga Aziz kurang beri tumpuan semasa belajar.

Masa bayar yuran, aku pun tanya kaedah membaca yang digunakan...kebanyakan tadika gunakan kaedah fonetik tapi rupanya tadika integrasi tu guna kaedah express-i...ternganga juga aku kaedah apa tu dan rupanya teacher dia pun baru jumpa kaedah tu bila masuk ke tadika itu. Dapat aku bayangkan teacher diorang ni pun mungkin di tahap masih belajar dengan kaedah tersebut. Disebabkan pertama kali dengar aku pun google. Apa yang aku dapat:

Kaedah Membaca Express-i
Merupakan kaedah pengecaman suku kata. Melalui kaedah ini, pelajar tidak perlu mengenal huruf atau mengetahui sebutan fonetik. Jadi ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Contohnya untuk membunyikan 'ja', mereka hanya perlu membunyikan 'ja' dengan melihatnya sahaja. Teknik imaginasi dan lenggok bunyi digunakan bagi membantu pelajar mengingat suku kata tersebut. Senang cerita, pelajar perlu ingat.

Disebabkan aku tidak berapa mahir dengan kaedah pengajaran tersebut, makanya aku beli buku Bacalah Anakku. Dalam buku Bacalah Anakku disertakan cd bagi memudahkan pengajaran. Jika buka You tube pun boleh. Dari start cuti hari tu aku ajar Aziz setiap Isnin hingga Jumaat selama sejam. Alhamdulillah sudah ada peningkatan. Harap hati mama kuat nak mengajar sebab si abang ni kuat menangis...marah sikit nangis...aduhai anak.

Kaedah Fonetik
Melalui kaedah ini, hanya bunyi huruf yang dperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ]. Begitu juga bagi membunyikan suku kata. Sebagai contoh ba+ta terus disebut [ ba ] + [ ta ] seterusnya disebut [ bata ].

Berkenaan Buku Bacalah Anakku
Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca.
* Sistem Fonetik
* Suku kata mudah
* Bermakna dan berulang
* Dua warna
* Berima
* Kurang Gambar

Namun berdasarkan pengalaman, ada juga pelajar yang tidak berjaya dengan kaedah ini namun sebabnya aku kurang pasti. Jika tidak boleh juga, bolehlah guna kaedah membatang atau mengeja. Kaedah mengeja memang dari dulu digunakan dan aku pun pandai membaca sebab cikgu aku dulu guna kaedah mengeja...hehe. Selepas habis kelapan-lapan buku Bacalah Anakku ni, aku nak beli Read Easy pula...siaplah Aziz kena marah dengan aku. Apakan daya, orang lain tak payah ajar anak, hantar tadika dah pandai baca tapi tu lah...aku kena juga mengajar diorang...tak boleh beri 100% tugas mengajar pada tadika...mana ada cikgu boleh beri 100% tumpuan pada sorang-sorang murid kan...

Ps: Awal-awal belajar membaca dengan aku, Aziz siap ngigau baca buku masa tidur...nak gelak aku tengok...
#mamasayanganak-anakmama...


Itu dulu...bye...

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014