Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Tuesday, March 15, 2016

Pengkarya Guru part 1

Alhamdulillah...aku diterima sebagai salah seorang peserta kursus Pengkarya Guru...harap-harap dapat berjalan dengan lancar. Hati berdebar-debar pun ada ni...




Dapat maklumat dari Facebook Majlis Buku Kebangsaan, dua tiga hari kemudian baru dapat tawaran melalui emel.




Drama Korea-Descendants of the Sun (DOTS)



Tengok gambar ni pun dah membuatkan hati aku melonjak-lonjak nak tengok sebab pelakonnya memang aku sukaaaaaa sangat. Siapa tak kenal Song Jong Ki dan Song Hye Kyo yang sangat cantik tu...kalau yang tak kenal  Song Jong Ki bekas pelakon Running man ...Song Hye Kyo pula dulu popular dengan drama Full House dan Autumn in my Heart...



Lagi aku suka bila cerita ni berkisar tentang ketenteraan yang membuatkan aku terimbas kembali zaman remaja aku...hehehe...campur-campurlah cerita ni, ada percintaan juga. Sesiapa nak tahu lebih lanjut boleh klik sini je lah...lagi detail kan...

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Descendants_of_the_Sun

Sekarang ni dah episod 6...tak sabar nak tunggu episod 7. Kalau yang nak tengok tu boleh tengok di KBS2 hari Rabu dan Khamis jam 9 malam dan bagi yang tak sabar tu boleh tengok online start hari Jumaat sebab di Korea cerita ni ditayangkan hari Rabu dan Khamis...nak  English subtitles kenalah tunggu sehari. Cerita di Korea lebih awal 2 episod dari di Malaysia...korang paham ke tak ni...huhu...selamat menonton tapi jaga-jaga jangan keterlaluan menonton sebab aku ada terbaca artikel ada peminat drama Korea hampir buta sebab marathon cerita Korea...rehat untuk makan je.Aduhai macam-macam...penangan cerita Korea.





Aeon Plazza Seksyen 13

Cuti sekolah tiada rancangan ke mana-mana lagi. Semalam aku ajak abang, kakak dan Ammar meninjau-ninjau Aeon Plazza baru buka di Seksyen 13...bestlah dah ada shopping complex baru hampir dengan sekolah...bolehlah melawat waktu gaji nanti...pembukaan hari Khamis tapi baru berkesempatan pergi. Memang besarlah plazza ni tak macam di Bukit Raja selalu aku pergi tu...sini siap ada food court  dua tempat...satu tempat di area Aeon market dan satu lagi food avenue...aku semalam makan di food avenue...memang banyak sangat pilihan makanan...huhu kena datang lagi ni.


Dari cermin kereta jalan nak masuk...

Sebenarnya hari Ahad dah pergi dengan Mr Z dan anak-anak tapi tak jadi masuk sebab penuh kereta beratur nak masuk maklumlah cuti hari minggu kan. Kebetulan cuti sekolah ni bolehlah aku pergi semalam bawa anak-anak. Si baby Aniq aku hantar taska. Nak hantar Ammar sekali tapi dia tak nak mungkin sebab nampak abang dan kakak dia tak sekolah...geleng-geleng dia tak nak pergi lagipun dia macam tak sihat je...batuk-batuk...hari ni aku tak hantar semua sampai Jumaat...duduk dengan mamalah di rumah...nanti kita pujuk ayah pergi zoo. Hari ni pakat batuk dan muntah semua termasuk si abang...membasuh cadarlah aku pepagi hari. Ok sambungan jalan-jalan di Aeon Plazza...aku kalau jalan tak makan tak sah kan...lainlah Mr Z...tak makan tak apa dia.



Makan dulu sebelum teroka apa yang ada...


Sale di Brands Outlet...



Tempat rehat pun banyak...siap dekorasi lagi untuk ambil gambar. Puas jalan kami pun balik...tak ada membeli apa-apa pun....balik tu hujan nasib aku parking dekat dengan pintu di tingkat 4. Walau kereta tak beratur macam hari Ahad tu tapi masih penuh dengan orang ramai...sana-sini sale...sedia duit je lah...






Monday, March 14, 2016

Jalan TAR-Masjid Jamek

Cerita ni dah lama minggu selepas dapat gaji bulan dua. Aku dan member sekolah pergi Jalan TAR. Nak dijadikan cerita kami sesat nak cari jalan ke komuter Shah Alam makanya aku terus bawa kereta ke Kuala Lumpur. Memandu sendiri ke Kuala Lumpur tak menjadi masalah sangat cumanya yang menjadi masalah nak parking nanti. Aduhai member aku tu yakin sangat tahu komuter Shah Alam di mana tu tersalah tunjuk jalan lah pula...Sampai Jalan TAR terus nak cari parking dan kami bersetuju nak parking kereta di sekolah lama member aku tu. Ok kami parking tepi sekolah dan terus jalan kaki melintasi stesen LRT. Bayangkan sudah lama betul aku tak menjejakkan kaki ke Jalan TAR ni lebih kurang tujuh tahun lah kan seusia perkahwinan aku dan Mr Z. Oh ye, anak-anak Mr Z yang jaga sebab tu aku lepas pergi ni. Hehehe...jauh jugalah kami berjalan dari sekolah ke Jalan TAR tapi tak terasa sangat sebab perasaan teruja dan seronok nak membeli belah dan cuci mata.

Aku rasa Masjid Jamek-Jalan TAR tiada banyak beza. Dulu pun macam tu juga. Mungkin yang berubahnya lot-lot kedainya yang bertukar tuan.








Habis cuci mata di Jalan TAR aku ajak member aku Kak Zera pergi makan di Semua House yang juga tak ada perubahan. Food court masih di bawah dan kami memesan nasi sepinggan apa ntah namanya yang sangat sedap hingga licin aku makan. Solat Asar dan Maghrib kami di Sogo. Ketika itu Sogo ada sale yang memang ramai umat di dalamnya...kawasan luar Sogo memang happening dengan Buskers yang memang suara diorang ni sedap-sedap kan...sambil dibuai angin  memang menjadi kawasan lepak warga kotalah ni...sambil shopping sambil dengar lagu.

Dulu masa muda-muda aku pergi bawa motorsikal je pergi situ...parking belakang bangunan KWSP dan atas ingatan tu juga kami alihkan kereta parking belakang bangunan KWSP tapi mahal betul harga parking...RM4 sejam...kami jalan-jalan dalam Sogo kemudian terus balik...hari pun dah malam...aku memang tak berapa nampak jalan malam dan akhirnya kamk sesat...huhu...pukul 11 juga aku sampai rumah...Adusssss jangan dibuat lagi sudah...sekian...mengimbas kenangan di Jalan TAR...



Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014