Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Monday, March 14, 2016

Jalan TAR-Masjid Jamek

Cerita ni dah lama minggu selepas dapat gaji bulan dua. Aku dan member sekolah pergi Jalan TAR. Nak dijadikan cerita kami sesat nak cari jalan ke komuter Shah Alam makanya aku terus bawa kereta ke Kuala Lumpur. Memandu sendiri ke Kuala Lumpur tak menjadi masalah sangat cumanya yang menjadi masalah nak parking nanti. Aduhai member aku tu yakin sangat tahu komuter Shah Alam di mana tu tersalah tunjuk jalan lah pula...Sampai Jalan TAR terus nak cari parking dan kami bersetuju nak parking kereta di sekolah lama member aku tu. Ok kami parking tepi sekolah dan terus jalan kaki melintasi stesen LRT. Bayangkan sudah lama betul aku tak menjejakkan kaki ke Jalan TAR ni lebih kurang tujuh tahun lah kan seusia perkahwinan aku dan Mr Z. Oh ye, anak-anak Mr Z yang jaga sebab tu aku lepas pergi ni. Hehehe...jauh jugalah kami berjalan dari sekolah ke Jalan TAR tapi tak terasa sangat sebab perasaan teruja dan seronok nak membeli belah dan cuci mata.

Aku rasa Masjid Jamek-Jalan TAR tiada banyak beza. Dulu pun macam tu juga. Mungkin yang berubahnya lot-lot kedainya yang bertukar tuan.








Habis cuci mata di Jalan TAR aku ajak member aku Kak Zera pergi makan di Semua House yang juga tak ada perubahan. Food court masih di bawah dan kami memesan nasi sepinggan apa ntah namanya yang sangat sedap hingga licin aku makan. Solat Asar dan Maghrib kami di Sogo. Ketika itu Sogo ada sale yang memang ramai umat di dalamnya...kawasan luar Sogo memang happening dengan Buskers yang memang suara diorang ni sedap-sedap kan...sambil dibuai angin  memang menjadi kawasan lepak warga kotalah ni...sambil shopping sambil dengar lagu.

Dulu masa muda-muda aku pergi bawa motorsikal je pergi situ...parking belakang bangunan KWSP dan atas ingatan tu juga kami alihkan kereta parking belakang bangunan KWSP tapi mahal betul harga parking...RM4 sejam...kami jalan-jalan dalam Sogo kemudian terus balik...hari pun dah malam...aku memang tak berapa nampak jalan malam dan akhirnya kamk sesat...huhu...pukul 11 juga aku sampai rumah...Adusssss jangan dibuat lagi sudah...sekian...mengimbas kenangan di Jalan TAR...



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014