Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, September 20, 2014

KINDERGARTEN HUNTING...

Tajuk...hehe...

Dalam kesibukan menjaga anak2 dan suami yang belum pulih sepenuhnya...(jagalah sangat ye),minggu cuti sekolah ni dimanfaatkan dengan menjejak beberapa buah tadika untuk anak aku yang berdua. Sudah tiba masanya mereka ke sekolah...mengenal ABC...123 dan berkawan. Aku tak mahu mereka duduk rumah pengasuh lagi. Mahal dan xberbaloi aku rasa...tapi Alhamdulillah juga sepanjang dengan pengasuh tiada perkara buruk berlaku macam yang selalu kita dengar bila anak dihantar ke taska. Beberapa buah tadika yng aku research dan ada yang datang sendiri tanya antaranya Genius Aulad, Little Caliph, Tadika Al Fudhail, Tadika Kemas, Tadika Pasti dan Tadika Integrasi Al Fateh. Itu sahaja

Little Caliph dan Genius Aulad
Litte Caliph aku tanya di FB je. Current monthly fee RM230, annual fee RM800++ depend on age. Will update on this page when we open registration for next year. InshaaAllah...ni lah yang dibalas. Ini yang di Meru...di tempat lain aku tak tahu sebab kalau di Seksyen 13 Shah Alam tu annual fee sahaja 1000 ++.
monthly rm250.Kalau setakat sorang yang nak sekolah bolehlah kan tapi aku cadang nak sekolahkan Aziz dan Amni sekali. Kopak poket kalau macam tu. Lagi satu Little Caliph jauh dari rumah. Genius Aulad pun lebih kurang sama...waktu belajar setakat 8-12 tgh sahaja untuk 200++ tu so memang tidak ada jodoh dengan kedua2 tadika ni walau teringin sangat nak anak sekolah sini,.

Tabika Kemas
Tabika Kemas ni aku dan suami pergi sendiri tanya. Berhampiran rumah ni ada Tabika Kemas. Kebetulan cikgunya ada so tanyalah tapi tiada rezeki juga sebab dah penuh walau di online masih belum tutup tarikh permohonan. Aku cadang kalau dapat, bolehlah transit taska di hadapan tabika tersebut. Jalan kaki pun boleh. Pergi pula Tabika Kemas lagi satu. Agak jauh sikit tapi katanya ada transport. Tabika tersebut ambil budak umur 5 dan 6 tahun sahaja so aku rejectlah walau ada kekosongan. Keputusan nak tahu dapat ke tak tu lambat plus persekitarannya tak menarik langsung pada aku.

PASTI
Pasti ni banyak di area rumah aku ni tapi masalahnya pengambilan untuk umur 5 tahun sesi petanglah pula. Untuk 4 tahun tiada pengambilan untuk tahun depan so xde jodoh juga. Jiran2 sini ramai yang hantar anak ke PASTI ni. Lagipun mereka xbekerja. Bulanan rm60 sahaja. Jimat kan dan mereka kata budak2 senang penerimaan ilmunya di situ,

Tadika Al-Fudhail(since 2000)
Tadika ni pun aku datang sendiri tanya. Persekitaran memang menyeronokkan. Kawasannya luas. Memang aku dah cadang nak masukkan anak2 aku di sini. Masalah di sini pengangkutanlah pula walaupun disediakan transport rm50 sebulan untuk 2 hala dan rm30 untuk sehala. Namun rasa tak yakin pula nak suruh bebudak tu naik van. Ada disediakan transit juga. Memandangkan waktu sekolah 8-4,lebih pukul 4-7 tu dikira transit. rm50 sebulan siap makan dan mandi. rm30 untuk transit sahaja. Masalah kalau transit, tiada disediakan van selepas pukul 4 petang dan ayah dia xsanggup nak ambil.Huhu....makanya carilah tadika lain ye...Bayaran bulanan rm180 dari pukul 8-4 petang. Jadual pun siap diberikan. Annual fee 900++ termasuk uniform+nov+january fee. Kalau masukkan dengan adik dia sekali, untuk adik dapat potongan 700++ untuk annual fee.

Tadika Integrasi Al-Fateh
Tadika ni baru sahaja ditubuhkan...rasanya baru setahun. Baru sangat kan. Guru ada 5 orang. Masa aku datang tu...mereka sedang bersihkan tadika. Kawasan luas+ ada pentas besar di sebelah tadika tersebut. Annual fee termasuk uniform 600++. Monthly rm160 dari pukul 7.45-5 petang. Selepas pukul 5 dikira day care sekejap. Aku cadang nak masukkan anak2 aku di sini memandangkan tadikanya pun tak jauh dari rumah. Pagi aku boleh hantar dan balik nanti ayah dia boleh ambil. Ayah dia pun dah menunjukkan tanda setuju. Borang pendaftaran aku dah ambil cuma perlu sediakan 4 keping gambar berukuran pasport untuk setiap anak. Bilalah nak ambil gambar bebudak ni...aku harap ini pilihan yang betul dan bijak...hehehe...kita tengok progressnya nanti ye. Mama yang feeling excited anak nak masuk sekolah...


***aku tulis ++ tu sebab aku malas nak ambil kertas catatan yang diberikan.



sekian dulu...bye...


3 comments:

  1. Tadika ni ok...bagi ibu bapa yang nak tadika islamik sinilah tempatnya pun mudah bagi kami yang bekerja sebab boleh hantar anak pagi sampai ptg...

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014