Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, December 8, 2012

Cameron Highlands lagi...

hari isnin aritu aku pergi cameron highlands lagi. kali ini bersama famili di Johor pula. Emak, ayah, along dan ngah. Ary dan Ika adikku tidak ikut memandangkan Ary kembarku ade anak kecil dan Ika masih praktikal/. Day 1 di Cameron xbanyak tempat aku pergi. Bertolak dari rumah aku dah pukul 8.30 pagi, sampai pula dekat pukul 1.30. Kereta Ngah pula aircondnya rosak...melalui jalan Simpang Pulai memang seronok sebab xmenempuhi bukit seperti jalan Tapah tetapi lama sungguh nak sampai. Tengah hari tu makan bekalan yang dimasak dari rumah...ayam masak kicap.

Sesampai di cameron, berkunjung dulu ke Cameron Valley, ambil gambar dan minum2 di situ. kemudian baru ke apartmen di Puncak Arabela. Petangnya Ngah sampai, mereka berjalan ke kawasan sekitar Tanah Rata. Aku tidak ikut memandangkan cik abang pening kepala, kemudian barulah kami ke pasar malam Berinchang lebih kurang 10 minit dari Tanah Rata. aku beli stoking untuk anak2 aku takut diorang kesejukan malam nanti. Stoking strawberylah apa lagi.

Di Cameron Valley...sangat cantik pemandangan poko teh di sini...

Ade persinggahan yang tak ingat apa namanya...

Hiasan dalaman Apartmen puncak Arabela

memang penggemar coklat budak ni. Ini di pasar malam Berinchang, memang senang nak dapat strawbery yang disalut coklat ni...ada RM1.50 dan ada RM2.00 sebatang

Di Tea Boh Sg. Palas

Day 2: kami ke Tea Boh Sg. Palas melihat kilang teh dan ambil gambar. di situ kan tempat Aaron Aziz berlakon untuk filem Ombak Rindu. Jalan nak masuk tu agak mencabar. jalan masuknya betul2 depan Kea Farm. After ke Sg. Palas, terus ke Kea Farm, memborongle apa lagi....jagung...jagung...bantal strawbery, pencil case, beg mama, beg aziz, keledek dan semestinya strawbery...teh xbelilah...malas...kemudian makan di taman permainan di Tanah Rata. Memula ingat nak pergi Raju` Strawbery tapi Along ajak turun makan dulu. kesian bebudak katanya. Fawaz anak Alongku xberapa sihat/


Selepas makan ( aku dan Amni sahaja yang turun), cik abang teman Aziz tido di dalam kereta.. Letih menjaga Amni di taman, aku masuk kereta. Siap makan, kami melawat MARDI di sebelahnya. Ayah aku dah pening dengan keletah cucu-cucunya. Ada yang berlari dan menangis. Akhirnya selepas ke MARDI, kami pulang sahaja. Selepas berkeputusan untuk jumpa di rnr Tapah, kami membawa haluan masing-masing...selamat tinggal nenek, atuk dan lain2.Jumpa lagi ye tahun depan. Jangan serik datang rumah kami ye.


ulasan: memang best ke cameron tetapi disebabkan masa dan tenaga dialihkan kepada budak2 yang masih kecil, maka lawatan menjadi sedikit penat dan xbanyak tempat boleh pergi. budak nak tido, nak makan, nak jajan, nak mainan, nak main dsb. Lumrahlah begitu, namapun budak. Namun percutian tetap seronok. Bukan selalu dapat bercuti begini bersama keluarga besar...

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014