Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, January 2, 2015

Tentang Jaundis Aniq Iqbal

Ye nama anak aku yang ke4 ni diberi nama Aniq Iqbal b Mohd Zaki.Em...xkesahle sama nama dengan anak member yang duduk sebelah rumah, janji aku suka.My hb pun ok je.Sedap kan nama tu.Ada maksud tapi masa tulis ni aku lupa dah maksudnya.Ok nak cerita sikit kisah jaundis si Aniq ni.Em nurse datang buat kali pertama untuk check mak dan anak. So nurse suruh pergi juga klinik kesihatan untuk check kuning baby sebab nampak no kuningnya. Siap2 pergilah kami klinik berangkut semua bala tentera kecik. Bacaan kali pertama ni 208. Memang kuninglah kan so esok kena pergi lagi.

 Esoknya kak edok anak beranak datang dan petangnya Mak, along dan Ary pula sampai. Kali ni Ammar aku tinggalkan dengan diorang. Ni hari ke lima Aniq tetapi kali kedua ambil darah. Ya Allah...bacaan terlampau tinggi iaitu 284. Doktor suruh kerapkan menyusu...bila letak di fb tentanb jaundis Aniq, ramai yang bagi petua.

Petua yang aku buat hanya beri anggur hitam tapi tak beli lagi. Oh ye disebabkan bacaan tinggi, takut mudarat pada baby, doktor suruh pergi klinik Bandar Botanic pada malamnya. So malamnya ajak mak sekali untuk pegang baby dalam kereta. Aku pegang si Ammar. Bacaan 225. Aku sedikit lega. Fuhh xpayah kena tahan wad tapi kena pergi klinik kesihatan esok pula. Hari berikutnya bacaan 284. Aku dah rasa stress. Balik tu menangis, suh si hb cari anggur hitam n susu anmum lacta. Petang tu juga aku bagi beberapa titis ke mulut Aniq sambil banyak-banyak susukan dia. Kadang-kadang perah paksa dia minum. Setiap 1@2 jam. Resultnya?bacaan 283...sikitnya turun...aku gandakan usaha bagi pg dan petang pula anggur tu. Perah dalam 2 sudu kecil tu masuk botol dan beri Aniq dalam 2 sudu kecil tu. (Macam kejam he kan...maafkan mama ye Aniq...demi untuk mengurangkan jaundismu)...untuk pengetahuan, kalau jaundis ni tinggi boleh effect kat otak dan tukar darah.

 Hari berikutnya bacaan di klinik kesihatan 272. Banyak turun ni so aku dah xbagi anggur tu...maknanya adalah dalam 4 ke 5 kali je bagi. Ni bacaan jaunsdis Aniq seterusnya dari start kena... 

208- meru
284- meru
225- Bandar Botanik
283- meru
272- meru
243- Annika
237.2- Hospital klang
174- meru
143- meru

Sebenarnya ubat kuning@jaundis ni bagi susu bebanyak je tapi agak perlahanlah kan dan kena banyak sabar. Bila baby banyak berak tu bagus untuk buang kuningnya tu. lagi banyak berak lagi bagus. So total Aniq kena cucuk 9 kali tapi eh yang last cucuk tu entah kenapa tak tahu salah siapa. Sampai 4 kali Aniq kena cucuk sebab tak keluar darah. Sian anak mama...dan pengalaman yang xdapat dilupakan ialah pengalaman di Hospital Klang...hoho. Sampai pukul 10.30 dan habis pukul 4 petang. Terpaksa pergi situ sebab hanya Hospital Klang sahaja yang buka pada hari Ahad. kalau tau keadaan sesak macamtu, mama tak kan pergi. Boleh ke?Tak boleh-tak boleh...takpe mama penat, janji anak mama mendapat pemerhatian yang secukupnya dan sihat. Kalau aku kayaaaaa...tetiba...lagi satu, ambil darah dekat tangan...dan sampai sekarang kesan darah tak hilang kat lampin Aniq. Diorang kata Aniq agresif. Ye aku dengar Aniq nangis meraung kat dalam bilik cucuk. (mak2 tak dibenarkan lihat semasa proses mencucuk)...kalau kat klinik biasa boleh je tengok...huhu... Apapun...Alhamdulillah...anak mama dah bebas kuning. Doktor cuma pesan banyakkan menyusu. Sekarang ni memang Aniq kuat sangat menyusu sampai mama kurang tidur malam. Sejak bersalin pun dah kurang tidur. Siang dan malam ye. Tidak mengapa...ini namanya anugerah.
sekian...babai...



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014