Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, December 25, 2015

Program Pengkarya Guru 2016

Di bawah ni ada iklan bagi yang berminat untuk menghasilkan karya di masa akan datang. Ustaz di sekolah aku dah berjaya tamatkan program tersebut tahun ni...aku ingat nak mohon jugalah. Tengoklah macam mana nanti...



Permohonan Pengambilan Peserta Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016

21 December 2015
Permohonan Pengambilan Peserta Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016
Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM 2016 anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:
·         24, 25,26 dan 27 Mac 2016
·         21, 22, 23 dan 24 April 2016
·         26, 27, 28 dan 29 Mei 2016
·         11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016
*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. 
Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.
Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke mbkmmoe@gmail.com sebelum 31 Januari 2016.

www.moe.gov.my

Saturday, December 19, 2015

Minat Korea: Kim Hyun Joong

Sejak 3 minggu kebelakangan ni aku dah dapat penyakit gilakan artis Korea. Artis tersebut ialah Kim Hyun Joong namun minat aku sebab dia ni comel dan lagu dia sedap didengar...Sebelum ni memang aku tak layan lagu Korea tapi disebabkan lagu yang dia nyanyi, aku jadi suka...

Namun, kalau dah minat janganlah sampai kehidupan dia pun kita nak ikut...itu tak boleh. Dah nama pun bukan muslim kan...dah tentu-tentu gaya hidup dia pun tak macam kita. Minum arak, warna rambut, pergaulan bebas dengan perempuan tu mungkin dah biasa bagi dia. Cerita terbaru KHJ ni sekarang dia sedang ikut military service  kalau di tempat kita ni PLKN tapi di Korea, diorang akan mengikutinya selama 2 tahun. Habis nanti pada Februari 2017. Banyak lagu dia yang aku suka seperti Please, Please be nice to me, Kiss Kiss, Your Story dan Gentleman. Dulu dia bergerak secara berkumpulan dikenali dengan SS501. Lagu diorang pun sedap didengar seperti Because I'm Stupid (ost Boys Before Flower ), Love Ya, 4chance, Calling For You dan Let me be the one...

Sejak 2014, banyak gosip tentang KHJ. Dia dikaitkan dengan kekasaran kepada wanita dan terbaru hubungannya dengan ex girlfriend dia yang dikatakan mengandungkan anaknya. Sekarang masing-masing sedang menunggu keputusan Dna sama ada anak yang dilahirkan anak KHJ atau bukan...kita tunggu 2 minggu lagi cerita tersebut dan bolehlah intai-intai di www.soompi.com/tag/kim-hyun-joong/
untuk mengikuti cerita drama Korea versi real ni...

Ada yang tak kenal dengan KHJ ni ke? Dulu-dulu dia popular dengan drama Boys Over Flower dan Playful Kiss...ini ha dia...


Lahir pada 6.6.1986 (29 tahun) 




Bergerak solo start 2011 hinggan kini...


Start berkumpulan 2005-2010
Gambar:  ...google...


ps: Korea-Korea juga, solat dan Quran jangan dilupa...


Update : berita terkini tentang KHJ, berdasarkan hasil ujian DNA adalah sah 99% menunjukkan KHJ memang ayah kepada bayi Ms Choi ex girlfriendnya dan dilaporkan mereka pernah tinggal bersama selama 2 tahun serta Ms. Choi pernah keguguran dan menggugurkan bayi mereka. Nauzubillah...macam-macamlah. Moral of the story, cantik di luar tidak bermakna cantik di dalam. Macam buah epal dalam cerita Snow White...sangat cantik dan nampak sedap dimakan namun beracun...KHJ dikatakan akan bertanggungjawab kepada bayinya namun tidak mahu kembali kepada bekas kekasihnya itu. Sambungan cerita mungkin selepas dia kembali selepas training military. Aku pun nak tahu, selepaa kes ni, dia akan sambung karier dia atau sebaliknya sebab bila baca komen-komen selepas keputusan tu keluar memang banyak yang mengecam...idol lah katakan...mesti ramai yang marah.

Masih dengar lagu KHJ? Masih lagi...huhu.





Ok...itu dulu...bye....



Friday, December 18, 2015

Kaedah Membaca

Minggu lepas aku pergi bayar yuran tadika anak-anak aku. Yuran tadika naik Rm70 sebulan dan yuran tahunan mencecah Rm1000.++. Aku sambung je mereka belajar di situ sebab aku tengok tiada masalah cumanya Aziz belum pandai membaca sedangkan anak rakan-rakan aku yang berada di Little Caliph sudah boleh membaca dengan lancar. Aku tak salahkan tadika cuma risau juga dengan perkembangan anak-anak. Sepatutnya sudah boleh membaca sikit-sikit tapi memang Aziz hanya boleh bunyikan huruf vokal je...aku tak tahu puncanya sebab apa. Mungkin juga Aziz kurang beri tumpuan semasa belajar.

Masa bayar yuran, aku pun tanya kaedah membaca yang digunakan...kebanyakan tadika gunakan kaedah fonetik tapi rupanya tadika integrasi tu guna kaedah express-i...ternganga juga aku kaedah apa tu dan rupanya teacher dia pun baru jumpa kaedah tu bila masuk ke tadika itu. Dapat aku bayangkan teacher diorang ni pun mungkin di tahap masih belajar dengan kaedah tersebut. Disebabkan pertama kali dengar aku pun google. Apa yang aku dapat:

Kaedah Membaca Express-i
Merupakan kaedah pengecaman suku kata. Melalui kaedah ini, pelajar tidak perlu mengenal huruf atau mengetahui sebutan fonetik. Jadi ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Contohnya untuk membunyikan 'ja', mereka hanya perlu membunyikan 'ja' dengan melihatnya sahaja. Teknik imaginasi dan lenggok bunyi digunakan bagi membantu pelajar mengingat suku kata tersebut. Senang cerita, pelajar perlu ingat.

Disebabkan aku tidak berapa mahir dengan kaedah pengajaran tersebut, makanya aku beli buku Bacalah Anakku. Dalam buku Bacalah Anakku disertakan cd bagi memudahkan pengajaran. Jika buka You tube pun boleh. Dari start cuti hari tu aku ajar Aziz setiap Isnin hingga Jumaat selama sejam. Alhamdulillah sudah ada peningkatan. Harap hati mama kuat nak mengajar sebab si abang ni kuat menangis...marah sikit nangis...aduhai anak.

Kaedah Fonetik
Melalui kaedah ini, hanya bunyi huruf yang dperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ]. Begitu juga bagi membunyikan suku kata. Sebagai contoh ba+ta terus disebut [ ba ] + [ ta ] seterusnya disebut [ bata ].

Berkenaan Buku Bacalah Anakku
Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca.
* Sistem Fonetik
* Suku kata mudah
* Bermakna dan berulang
* Dua warna
* Berima
* Kurang Gambar

Namun berdasarkan pengalaman, ada juga pelajar yang tidak berjaya dengan kaedah ini namun sebabnya aku kurang pasti. Jika tidak boleh juga, bolehlah guna kaedah membatang atau mengeja. Kaedah mengeja memang dari dulu digunakan dan aku pun pandai membaca sebab cikgu aku dulu guna kaedah mengeja...hehe. Selepas habis kelapan-lapan buku Bacalah Anakku ni, aku nak beli Read Easy pula...siaplah Aziz kena marah dengan aku. Apakan daya, orang lain tak payah ajar anak, hantar tadika dah pandai baca tapi tu lah...aku kena juga mengajar diorang...tak boleh beri 100% tugas mengajar pada tadika...mana ada cikgu boleh beri 100% tumpuan pada sorang-sorang murid kan...

Ps: Awal-awal belajar membaca dengan aku, Aziz siap ngigau baca buku masa tidur...nak gelak aku tengok...
#mamasayanganak-anakmama...


Itu dulu...bye...

Sunday, November 29, 2015

Best Achievement & Graduation Award Aziz & Amni

Cerita dah berlalu lama dah ni...sebelum Deepavali lagi. Aku dan Mr Z semangat nak pergi hari anugerah kecemerlangan tadika Aziz dan Amni. Sebab hari-hari sebelum hari tersebut abang asyik kata dia tak masuk persembahan. Dia tengok je orang buat tapi hari tu dia kata masuk pula siap buat gaya persembahan. Entah ye entah tak sehinggalah teacher dia masukkan gambar murid yang masuk persembahan siap bersamping dan kopiah biru. Aduh terharunya mama...terharu sebab aku tahu dia ni pendiam di sekolah dan pelik juga dia boleh terpilih.

Ni gambar teacher dia masukkan bersama-sama kawan dia yang lain...

Majlis bermula pukul 2 petang dalam surat dan memang dasar suka hegeh-hegeh menyebabkan pukul 2 baru gerak. Pula tu banyak pula kereta. Dewan yang dekat dah jadi jauh. Sampai-sampai je perkarangan dewan, 
dah penuh kereta parking. Aku masuk dulu bawa budak-budak. Ingatkan dah mula tapi belum. Murid diletakkan berasingan dengan ibu bapa. Namun sekejap je mereka ni dah dapatkan ibu bapa masing-masing. Agak-agak dah bosan dengan persembahan badut.

Acara berselang - seli antara persembahan dengan penyampaian hadiah. Atur cara tu berjalan lancar je. Aku tak tahu pun Amni dapat hadiah juga sebab pergi ni pun sebab nak tengok abang buat persembahan je tapi alhamdulillah...Amni pun dapat naik pentas juga. Makanan pun disediakan juga tau. Boleh makan-makan sambil tengok persembahan. Habis acara abang dan kakak, Mr Z ajak balik sebelum ramai nanti yang hendak keluar serentak. Layan gambar semasa majlis berlangsung...









Budak Ammar ni habis satu dewan dia meronda...mata kena awas. Kalau tak, hilang ke mana dah budak ni.

Ok bye...


Hi-tea- tak ada suara...

Nak update cerita hi-tea sekolah aku. Kali ni buat di Holiday Villa. Kali kedua aku pergi situ bermakna sudah dua kali hi-tea dibuat di  Holiday Villa ini. Nama majlis ialah Majlis Tautan Kasih bertemakan kembar...best kan? Baju kembar memang tak ada pun sebab memasing sibuk dengan urusan di sekolah dan tiada masa nak cari. Aku cuba tengok ig Rbrosebella dan pilih-pilih yang berkenan kemudian WhatsApp aku dibalas sebab semua saiz aku nak...ada. Corak rakan-rakan kembar akulah yang pilih. Bayar hari Jumaat, Sabtu pos,Isnin dah dapat. Memang cepatlah kan...Layan gambar je ya....makan sedap...







Namun yang sedihnya...aku hilang suara ni. Aku pun kurang pasti sebab apa. Jadi bahan ketawa je...




Friday, November 20, 2015

Last Day School in 2015

Em...tajuk gempak walhal aku kena pergi sekolah seminggu lagi. Minggu depan masih kena hadir ke sekolah.  Cerita hari ni makan je sebab di sekolah ada jamuan. Jamuan tahun 6 dan aku sendiri ada buat jamuan kelas. Menu? Aku sediakan bihun sup, aiskrim dan ada parents bawa kek, cupcake dan makanan ringan lain. Simple-simple je tapi kenyang sangat. Menu jamuan tahun 6, nasi minyak. Kekenyangan sungguhlah aku.





Anak-anak aku pun ada jamuan di tadika...aku bawakan sebungkus sorang jelly. Dengan aku, dengan anak aku menapau bila balik rumah. Ni mesti teacher diorang yang menapaukan ni. Kecil-kecil dah pandai tapau. Tak apa-tak apa, jangan membazir kan... Dengan kek, dengan kuih-muihnya penuh satu meja.




Gambar Aziz je lah yang ada...meriah nampaknya. Sengih je abang tu.

Bawa balik hadiah. Ni bolehlah nanti jadi cadar katil kakak. Kakak suka je princess-princess ni. Paling dia suka Elsa.


Habis sudah sesi persekolahan 2015, alhamdulillah semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini.




Thursday, November 5, 2015

Gigi Susu Pertama Aziz- Ke Jualan Gudang Karangkraf

Alkisahnya gigi susu pertama anak aku Aziz tercabut buat pertama kalinya...sebelum tu seminggu dah gigi depan dia bergoyang. Aku suruh rajin-rajin goyangkan supaya cepat tercabut dan akhirnya tercabut jugalah bila dah hari-hari goyangkan. Esoknya perasan ada gigi baru nak tumbuh. Nasib dia ok tak rasa sakit pun katanya cuma hari tu dia ada demam sikit. Gigi yang patah tu dia suruh aku simpan dalam bekas...adalah tu aku balut dengan tisu belum ada bekas lagi...


Sabtu minggu lepas ke jualan gudang Karangkraf...buat pertama kalinya. Bagi aku sesiapa yang minat baca novel memang berbaloi pergi sebab novel memang banyak dan dijual dengan harga serendah rm3. Aku minat juga novel tapi tak berkesempatan dah nak membacanya. 

Jumpa Kak Umi dekat sana...yang lain tak jumpa.

Aku ambil majalah je...tu pun sampai sekarang tak sempat nak selak. Baru je nak selak dah ada pengacau. Kadang-kadang aku ajak abang dan kakak baca sama...tengok gambar pun jadilah...kalau koyak tak jadi hal sebab murah je pun majalah tu. Kalau buku memang aku tak bagilah...huhu. Dapat gift sehelai tudung, deodorant dan pencuci muka alaisyah....sebab beli majalah Wanita. Edisi lama aku ambil 3 buah. Kalau hari biasa memang tak membeli pun. Lepas tu gambar aku masuk IG Mingguan Wanita sebab masa di sana diorang ambil gambar aku.. Hehe. 



Masuk juga dekat IG Karangkraf...gambar barang shopping je lah...


Ok itu dulu...bye...





Friday, October 30, 2015

Drama Korea: The Gang Doctor/ Yong pal

Drama Korea Yong Pal sudah pun tamat tayangannya di channel One tapi baru ni aku nak review  sebab memang aku suka cerita ni dan sesiapa yang belum tengok, aku sarankan tengok sebab memang best...setiap scene rasa tak nak lepas pandangan dari kaca TV. Pelakon Joo Won memang berjaya bawa watak dia dengan baik. Menonton cerita ni menjadikan kita sentiasa nak tengok episod seterusnya lagi-lagi bila ending episod mendebarkan kan?

Cerita ni mengisahkan tentang Yong Pal seorang doktor hebat yang membantu merawat luka kumpulan gangster secara haram. Semua ni dilakukan hanya untuk mengumpul wang bagi membantu adik beliau yang menghidap kanser dan membayar hutang bapa yang tidak bertanggungjab.

Cerita dikembangkan apabila beliau menjadi doktor di tingkat 12 Hanshin Hospital bersama Doktor Lee yang juga merupakan tulang belakang dalam cerita ni. Beliau berjumpa dengan Han Yeo Jin ( Kim Tae Hee) yang ditidurkan abangnya Han Do Joon akibat perebutan kuasa. Mereka berkenalan dan bermulalah misi membalas dendam Han Yeo Jin kepada abangnya yang telah menidurkannya selama 3 tahun...

Aku mengharapkan lebih cerita berkaitan Yongpal kerana aku suka dengan kepakarannya membedah orang namun di akhir-akhir cerita memang banyak cerita tentang Han Yeo Jin saja...tapi apa-apa pun aku suka cerita ni...menarik...dan aku merasakan keterujaan menonton setiap episod cerita ni...


Ps: Habis Yong Pal, cerita  Achiara Secret pula...pun best...hihi

Wednesday, October 21, 2015

Ahli baharu: wangian syurga

Alhamdulillah...kembar aku selamat melahirkan anak keduanya pada 17 hari bulan pada pukul 4.30 pagi. Semput-semput dia pun boleh bersalin normal. Banyak kali juga masuk wad dalam tempoh mengandung tu sebab semput/asma. Semua tu rezeki Allah. Harap-harap dia ambillah apa-apa parancang keluarga selepas ini. Bukan apa, memandangkan keluarga kami ni jenis subur terbaik dari ladang eloklah ambil perancangan keluarga. Lagipun aku kesian dia ada asma. Berkenaan perancangan keluarga, nanti aku cerita perancangan keluarga yang sedang aku ambil sekarang.

Nama belum ada...tak sabarnya Mak Andak nak jumpa baby. Bersih muka dia ni...


Jerebu oh jerebu..

Termasuk hari ni sudah 3 hari aku bercuti dan esok bakal bercuti lagi disebabkan jerebu. Jerebu kali ni rasanya yang paling buruk aku rasa. Indonesia sekarang dah isytihar darurat sebab kualiti udara mereka sangat teruk. Bayangkanlah bila di Malaysia dan Singapura teruk jerebu walaupun jiran apatah lagi di tempat kejadian. Bacaan sehingga pukul 5 petang tadi di Shah Alam ialah 198 dan Klang 192...Aduiii sangat membimbangkan.

Anak-anak memang aku tidak hantar ke taska. Lagipun Ammar dan Aniq selsema dan batuk. Biarlah aku pantau di rumah aje. Tak ada apa-apa kalau mama tak boleh keluar rumah dan tak ada apa-apa kalau mama hari-hari penat melayan karenah anak-anak. Si abang dan kakak pun bercuti sebab tadika mereka memang ikut KPM. Makanya aku kurung mereka di rumah.

Stok makanan semalam aku dah pergi beli. Nak ke kedai je dah pedih muka aku. Memang terasa sangat dan rata-rata kenderaan memasang lampu di jalan raya. Stok makanan macam biskut dan roti memang perlu ada sebab anak-anak aku ni kejap-kejap ke dapur minta cemilan..Dioran tengok tv, main je lah cuti-cuti ni. Ada masa aku ajar abang membaca dengan 'Bacalah Anakku'...sekarang dah buku 3.
Nasib aku pun cuti. Susah juga yang kerja pejabat. Ada yang terpaksa bawa anak-anak ke tempat kerja. Namun tanggungjawab jaga anak-anak tu memang tanggungjawab ibu bapa kan...tak kan nak biar anak kita terdedah dengan jerebu. Diharapkan jerebu ni tidak berpanjangan. Sesak nafas dah aku rasa...

Cuti best?Huhu awal cuti bestlah tapi bila ingatkan exam budak bertangguh, rasa nak cepat ke sekolah pula...banyak kerja kena pikir ni...laporan bagai...

Monday, October 5, 2015

Cuti Penggal Ke 2 persekolahan...

Cuti penggal kedua sudah berlalu seminggu yang lepas tapi aku nak cerita jugalah sebab cuti yang singkat tapi best sangat. Aku juga balik sempena Hari Raya Haji yang jatuh pada cuti persekolahan. Memang seronoklah anak-anak main dengan sepupu diorang. Balik Johor walaupun makan masa 5 jam kali ni dan sampai pukul 3 pagi tapi seronoknya dapat balik Allah je yang tahu. Walau rumah mak aku dah tak macam rumah felda yang dahulu tapi tapaknya masih sama...tempat aku membesar. Aku bila tengok je sempadan Johor rasa nak terlonjak-lonjak, tu belum lagi sampai rumah mak ayah aku lagi...

Lepas makan juadah hari raya, aku memang dah cadang nak meroti dengan kembar dan kakak Ngah aku. Apalagi...merotilah kami. Tak ingat aku berapa kali dulang pembakar tu masuk oven...bila kuar oven habis lesap dimakan. Seronok juga macam tu. Oh ye, uli guna bread maker je. Aku punya bawa balik kampung. Emak pun kata lepas ni nak mencanai guna tu. Memang jimat tenaga bila guna bread maker ni. Aku pun tinggalkan ajelah di kampung untuk kemudahan sesiapa nak guna.

Esoknya aku dah tempat bilik di Mersing Beach Resort. Nak melayan anak-anak mandi kolam dan pantai. Next entry ye...memang kena cerita tu sebab memang tak mengecewakan pergi sana.

Ps: entry ni tak ada gambar lagi sebab memory kad problem...aduii...banyaklah gambar dalam tu belum sempat transfer.


Ok bai...




Monday, September 14, 2015

My Favourite: Butik Calaqisya

Ok aku nak cerita yang aku ada favourite butik...hehehe...semenjak-menjak ni je. Setakat ni dah dua helai jubah dan dua helai shawl dari Calaqisya. Memang suka sangat kalau pakai...tak tipu. Mungkin bulan ni akan menambah koleksi lagi memandangkan mereka akan keluarkan design jubah baharu. Sangatlah meruntun jiwa aku yang hari-hari menjengah IG diorang setiap kali nak tidur. Kalau tak tengok IG diorang rasanya tak lengkap hari aku. Ceewah!!Ko dah kenapa...

Material yang diorang guna kebanyakannya daripada crepe so tak payah iron pun boleh. Jubah dan shawl aku beli waktu sale so baik grab waktu sale sebab berbaloi-baloi harga dia. Aku tengah bercadang nak tambah koleksi maggie shawl yang saiz xxl tu. Tengok warna-warna shawl ni...sangat cantik kan...





Ini design yang bakal diorang keluarkan...tinggal tunggu harga je...mana aku nak beli kan. Boleh pilih sehelai je lah sebab aku bukannya kayo...kenalah beringat. Nanti orang makan di kantin, ko pandang je sambil makan biskut cicah air.



Ok babai...ke arah muslimah sejati...


Saturday, August 29, 2015

Grand opening Minaz Shah Alam

Nak cerita yang aku pun menjadi salah sorang customer Minaz yang pergi ke grand opening Shah Alam hari ni...aku terjebak sebab aku suka goodies bag yang akan diberikan. Macam hari ni... aku dapat bawa balik goodies bag yang best. Aku sebenarnya tak biasa pun dengan pembukaan butik macam ni. Selalunya dengar aje tapi disebabkan hari ni tak buat apa-apa, apa salahnya aku pergi menghiburkan hati...Ceeewah...dekat je pun Seksyen 7 tu.

Macam biasa, aku bawa Aziz dan Amni aje...makanan banyak disediakan. Abang dan kakak makan aiskrim dan cendol je tapi mama diorang makan aiskrim, laksa, cendol dan nasi lemak...em...camne tu. Tu tak masuk yang mengulang kali kedua. Memang sedap cendol songkok tinggi dan laksa buyong tu tak tipu...Aku beli juga selai instant shawl Minaz sebab instant shawl dia memang best pakai. Aku nak beli warna merah tapi lilac dan hijau je yang tinggal so aku ambil lilac...cantik sungguh warnanya. Konon-konon tak nak membeli...

Sweet betul adik-beradik ni pegang tangan

Ada 2 helai tudung...1 pin tudung...cookies...sample pad pun ada.


Makanlah nak...



Ok bye...



Saturday, August 15, 2015

Hari Terakhir Syawal 2015

Hari ni hari terakhir dalam bulan Syawal...tapi ramai je lagi yang buat open house ataupun menghadiri jemputan open house. Hari ni aku duduk rumah aje. Mr Z sibuk mengemas di bilik belakang. Kalau aku rajin nantilah aku cerita serangan anai-anai di bilik belakang tu. Aku baru cadang nak buat mini soho dekat bilik belakang tu tapi nampaknya kena pulihkan dululah bilik tu dari serangan anai-anai tu.

Minggu ni memang minggu sibuk sakitlah tapi tak adalah sibuk sangat...hehe. Hari Sabtu lepas aku pergi open house rumah Kak Hana. Macam biasa confirm ada dessert kan dah Kak Hana memang terkenal dengan kesedapan dan keceriaan dessert yang dibuatnya. Anugerah juga tu...Suka aku dengan rumah Kak Hana...simple tapi cantik dan kemas...aku rasa rumah aku je kot yang kurang dari segi deko-deko ni dan tahun ni memang aku tak buat pun open house. Rasa renyahlah pula nak handle Ammar dan Aniq lagi...



Gambar cantik cuma aku je nampak no kembang setamannya...huhu. Lepas raya ni kena kawal makan semula. Nampak tak skirt dan tudung sama...Blossomboxstore dan Ajlah...apa lagi kan...tu je lah pun satu-satunya koleksi.

Minggu yang sama juga aku jadi penyelaras Bengkel Pemantapan Sistem Bahasa. Aku jemput penceramah luar beri ceramah untuk murid tahun 2 dan tahun 3 yang terpilih. Aku dibantu oleh Kak Zuriwati. Tugas dia uruskan pendaftaran murid-murid. Berdebar juga nak handle program ni, first time lah katakan...Alhamdulillah dah selesai pun. Adalah satu dua perkara yang terlepas pandang tapi biarkan je lah...lain kali jangan buat lagi...huhuhu.





Sedikit gambar daripada bengkel tersebut. Penceramah tu orang Johor juga. Awet muda. Jealous aku.

Baby Aniq 8 bulan. Sudah boleh berdiri lepas tangan 2 minit. Syabas ye nak...cepat-cepat boleh jalan main dengan abang dan kakak awak nanti.


Sekian dulu...babai...




Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014