Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, October 26, 2014

Big book Linus literasi..

Ok... ni hasil tak seberapa aku untuk konstruk 4...untuk konstruk 1 hingga 12 dibahagi2kan kepada semua guru BM. Untuk menyediakan satu buku besar macam ni memang memerlukan kerjasama kumpulan. Kalau jenis kreatif memang tak payahlah kan...hehehe. Ini pun jenuh nak buat sebab memang tak kreatif kan...esok nak hantar untuk dibukukan bersama. Maaflah i punya tak cantik pun.
Ada yang tak tahu LINUS tu apa?

Apa itu  Program LINUS? 
  • LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
  • LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
  • LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Aku ambil dari sini http://riangrialinus.blogspot.com/p/pengenalan-linus.html



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014