Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Monday, August 22, 2016

Anak oh anak!

Aku cuti hari ni...terpaksa walau crk aku tinggal 3 hari. Siapalah tak sayang nak guna crk kan...tapi terpaksa jugalah sebab si baby jatuh semalam. Balutan tu tak boleh kena air dan tak boleh renyah- renyah sangat sebab nanti gamnya terbuka...semalam sebelum digam memang darahnya tak berhenti-henti...puas lap je sambil tunggu Mr Z balik. Siapa tak sayang anak kan...ada orang hantar je anak ke taska biar pengasuh jaga tapi aku tak sampai hati pula. Dekat rumah pun depan aku dia boleh gatal-gatal tangan nak buka inikan pula di taska. Pengasuhnya pun tak banyak masa nak fokus pada si Aniq ni sorang...ramai lagi budak lain.





Dalam sebenarnya luka ni sampai darah tak berhenti.  Puncanya aku sendiri pun tak tahu sebenarnya. Tengah masak tiba-tiba si kecik tu datang ke dapur berdarah-darah. Sebelum ni main elol je dengan abang Ammar dia...aduhai anak...




Sunday, August 14, 2016

Hari terakhir Program Pengkarya Guru di IAB

Tajuk punyalah panjang kan...sebab memang aku nak tekankan yang hari ini alhamdulillah...adalah hari terakhir aku berkursus....memang seronok kursus ni. Bagi yang sukakan dunia penulisan bolehlah mohon sebab banyak input berguna boleh diperolehi di samping dapat mengeratkan silaturrahim. PG (pengkarya guru) kali ni terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada guru sekolah rendah dan menengah, ada pk petang, ada pk koko, ada dari KPM dan lain-lain lagi. Juga dari banyak negeri. Sabah pun ada. Nampak kegigihan di situ kan...mereka sanggup datang jauh-jauh untuk menuntut ilmu.

Siri ke empat  dan terakhir ni aku memandu sendiri pergi dan balik. Sebelum ni ada cikgu dari Klang menumpang. Disebabkan dia ada urusan di Manila dan hadir lewat, baliknya pula dia menumpang orang lain ke komuter...makanya aku memandu sendiri. Dia tak nak menyusahkan aku hantar dia sampai rumah sebab dua siri sebelum ni dia menumpang aku dan keretanya tinggal di rumah aku. Kalau kali ni dia menumpang aku, katanya nanti aku terpaksa hantar dia ke rumah.


Sampai dua gambar yang sama aku letak sebab suka sangat dapat sijil dan buku Doktor Umum tu...peewit...

Bergambar dengan pg yang sudah ada nama...pg Zulaiha yang kanan tu ialah penulis buku KOMSAS...yang kiri tu pun penulis dan juga sama batch di UM dulu. Kira macam jejak kasih jugalah ni...jumpa di sini.

Ni pula senior PALAPES aku...dia pun mengikuti kursus ni...alangkah kecilnya dunia ini..

Meja tempat aku makan maggi malam-malam, minum milo dan berkarya selepas jam 10.30 malam setelah habis kursus...sayup-sayup di belakang aku tu puncak Genting keriangan...hehe...



Kawan-kawan satu penerbit bergambar dengan Dr Halis dan editor DBP. Aku dipilih berada di bawah penerbitan DBP. Rakan-rakan penerbit lain menggelarkan kami munsyi.


Ini pula kesemua pg yang telah mengikuti kursus ini. 60 orang semuanya. Manuskrip belum siap lagi...tapi sukanya bukan main lagi...akulah tu...hehe...telah diberi peringatan oleh DBP sehingga hujung bulan ini untuk hantar manuskrip. Akan diusahakan...insyaAllah...

Gambar riang ria lagi walau hati tak keruan manuskrip tak siap lagi...


Depan sekali ni pun...penulis antologi cerpen. Hebat-hebat mereka ni kan.



Bunga ros mudah didapati di sini dan mekar segar semuanya...yang aku ala-ala cium tu besar sangat bunganya. Belum pernah lagi aku tengok...memang sejuk dan damai di IAB ni...

Di sini...aku nak ucapkan terima kasih pada tenaga pengajar Dr Halis dan editor DBP, pihak KPM dan MBKM serta Kak Lynn sebagai urusetia program kerana beri peluang mengikuti kursus ni.

Tidak dilupakan...rakan-rakan di sekolah yang banyak mengganti kelas aku semasa ketiadaan aku...budi kalian tidak dapat dilupakan. Paling aku nak terima kasih ialah pada suami aku yang benarkan aku pergi dan jaga anak-anak walaupun aku balik tadi ada kesan jatuh di dahi pada si kecik...em...tak boleh kata apa-apa...em...lagi...
Lagak macam dah ada buku terbit je ucapannya...hehe...kalau buku dah diterbitkan lagi panjang ucapan...oklah...oklah...bye bye...









Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014