Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, December 8, 2012

Cameron Highlands lagi...

hari isnin aritu aku pergi cameron highlands lagi. kali ini bersama famili di Johor pula. Emak, ayah, along dan ngah. Ary dan Ika adikku tidak ikut memandangkan Ary kembarku ade anak kecil dan Ika masih praktikal/. Day 1 di Cameron xbanyak tempat aku pergi. Bertolak dari rumah aku dah pukul 8.30 pagi, sampai pula dekat pukul 1.30. Kereta Ngah pula aircondnya rosak...melalui jalan Simpang Pulai memang seronok sebab xmenempuhi bukit seperti jalan Tapah tetapi lama sungguh nak sampai. Tengah hari tu makan bekalan yang dimasak dari rumah...ayam masak kicap.

Sesampai di cameron, berkunjung dulu ke Cameron Valley, ambil gambar dan minum2 di situ. kemudian baru ke apartmen di Puncak Arabela. Petangnya Ngah sampai, mereka berjalan ke kawasan sekitar Tanah Rata. Aku tidak ikut memandangkan cik abang pening kepala, kemudian barulah kami ke pasar malam Berinchang lebih kurang 10 minit dari Tanah Rata. aku beli stoking untuk anak2 aku takut diorang kesejukan malam nanti. Stoking strawberylah apa lagi.

Di Cameron Valley...sangat cantik pemandangan poko teh di sini...

Ade persinggahan yang tak ingat apa namanya...

Hiasan dalaman Apartmen puncak Arabela

memang penggemar coklat budak ni. Ini di pasar malam Berinchang, memang senang nak dapat strawbery yang disalut coklat ni...ada RM1.50 dan ada RM2.00 sebatang

Di Tea Boh Sg. Palas

Day 2: kami ke Tea Boh Sg. Palas melihat kilang teh dan ambil gambar. di situ kan tempat Aaron Aziz berlakon untuk filem Ombak Rindu. Jalan nak masuk tu agak mencabar. jalan masuknya betul2 depan Kea Farm. After ke Sg. Palas, terus ke Kea Farm, memborongle apa lagi....jagung...jagung...bantal strawbery, pencil case, beg mama, beg aziz, keledek dan semestinya strawbery...teh xbelilah...malas...kemudian makan di taman permainan di Tanah Rata. Memula ingat nak pergi Raju` Strawbery tapi Along ajak turun makan dulu. kesian bebudak katanya. Fawaz anak Alongku xberapa sihat/


Selepas makan ( aku dan Amni sahaja yang turun), cik abang teman Aziz tido di dalam kereta.. Letih menjaga Amni di taman, aku masuk kereta. Siap makan, kami melawat MARDI di sebelahnya. Ayah aku dah pening dengan keletah cucu-cucunya. Ada yang berlari dan menangis. Akhirnya selepas ke MARDI, kami pulang sahaja. Selepas berkeputusan untuk jumpa di rnr Tapah, kami membawa haluan masing-masing...selamat tinggal nenek, atuk dan lain2.Jumpa lagi ye tahun depan. Jangan serik datang rumah kami ye.


ulasan: memang best ke cameron tetapi disebabkan masa dan tenaga dialihkan kepada budak2 yang masih kecil, maka lawatan menjadi sedikit penat dan xbanyak tempat boleh pergi. budak nak tido, nak makan, nak jajan, nak mainan, nak main dsb. Lumrahlah begitu, namapun budak. Namun percutian tetap seronok. Bukan selalu dapat bercuti begini bersama keluarga besar...

Friday, September 21, 2012

Bahan untuk buat decoupage






google sana sini akhirnya dapat jugak aku beli bahan--bahan untuk buat decoupage ni...tapi dah dekat sebulan projek belum berjalan lagi...huhu...naantilah kalau dah senang-senang...

anak-anakku dah pandai berebut barang...

yang sulung aziz tidak mahu mengalah...begitu juga dengan si adik amni, juga tidak mahu mengalah.masing-masing kalau berebut barang mesti lepas tu menangis buat mama pening kepala la...huhu...tapi itulah, melihat mereka membesar sangat mengujakan hati ini.

si abang umur 2 thn dan si adik umur 1 thn...beza mereka setahun  bln aje...mmg lincah, kuat nangis tapi tak kesah...mama memang tidak kisah janji anak-anak mama sihat.


Thursday, July 12, 2012

sudah hampir 10 bulan...

tidak percaya rasenye aku sudah menyusukan amni hampir 10 bulan usianya...rase penat pada mulanya semacam sudah lali bagi diriku...sekarang pula, dia tak mahu menyusu dengan botol. makanya bila aku balik sekolah...menyusukannya dulu baru aku dapat rehat. seperti aku kata tadi penat sudah tidak terasa bagiku.

Wednesday, June 27, 2012

pearl haya oh pearl haya...

tengok orang lain pakai...aku pun nak pakai(orang lain tu poket tebal...aku nipis je) lebih2 lagi tengok model dia tu, sungguh cantik n ayu gitu so semalam kan aku pergi seksyen 7 saja2 je kaki ni gatal masuk butik pearl haya tu...banyaknya tudung...dapat pegang n pakai 3,4 helai tudung dan akhirnya aku ambil sehelai unntuk raya.

tapi masa masuk2 tu aku dah tanya kat salesgirl tu ada sale x...maka salesgirl tu kata xada sale tp diakata kalau aply kad dapatle harga member...tp sebulan sehelai ajelah. maka aku aply le jd member ddan dapatle aku tudung tu dengan 30%...

sampai mimpikan haya akhirnya aku dapat juga sehelai...tudung yang aku beli ni saiz SP3M...sedap n elok je ukurannya.harus aku dapatkan lagi ni tp harus juga dengan discout ye...aku sungguh gembira...la la la la...

ke seksyen 7 shah alam

semalam selepas beraktiviti di sk subang jaya aku pun lari ke seksyen 7...camne leh ke sana ni...hehe,sesat kot...hehe...maka aku teruskan dengan cuci2 mata di sini. lengang betul tak macam hari cuti. best sangatle macam ni. Parking pun banyak...aku parking depan jakel...sederet dengan jakel ade kedai tudung fareeda, d haja, pearl haya, sugar craft, radiusite. seberang jalan pula ada kedai tudung ustazah dan dari jauh aku nampak kedai tudunng alya sarah...semmuanya kat sini. kalau ikutkan semua kedai aku nak masuk. ialah bukan selalu pergi walauppun dekat kan...tapi aku tak masuk ke semua kedai. kedai2 terpilih jek...ke patut dipanggil butik bukan kedai...apa2 ajelah...

Monday, February 27, 2012

jalan-jalan@cameron highlands pd cuti maulidurrasul...


bercuti ke cameron highlands memang seronok sangat...bile lagile nk g bercuti nih...

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014