Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, November 28, 2014

mainan baru abang dan kakak...

Malam tadi ajak suami ke Giant...nak rembat container rm8 lagi dan rak kasut murah-murah...adalah ambil buah-buahan sikit. Aku bawa semua askar ye. Si Ammar memula nak duduk dalam trolley, tak sampai 10 minit minta dukung. Bergilirlah dengan suami. Bayangkan 2 trolley dengan 3 orang budak nak handle...huhu. Aku hilang cari container, si suami pun ada agenda tersendiri. Apa yang dibeli? Ni hah...

X suka aku beli mainan macam ni...semak ok. Rumah kami bukan besar pun. Laman rumah pun dah penuh dengan mainan. Sakit mata aku tengok, tapi diamkan je lah...mungkin masa kecil tak merasa main...

PENGARUH BLOG:BeautyOat

Dengan rasminya aku start cuti sekolah hari ni. Tanpa mengadap kerja-kerja sekolah ok. Boleh tengok tv dengan riangnya, leh baring-baring jika penat di rumah. Dekat sekolah, penat xboleh baring ok...hihi. Namun hobi shopping walau dah 36 minggu ni still ada. Semalam pergi checkup, baby ok. Berat aku 97 kg, nak menangis sekejap. Baby 2.8kg. Nampaknya kandungan yang ni pun cecah 3++ jugak. Meneran sekuat hati ye bila tiba tarikhnya...huhu.

Nak cerita minggu lepas order BeautyOat...hasil dari terpengaruh dengan blog walking lah ni. So order, cepat jek sampai...ni hah makanan tu. Makanan ye+minumam pun boleh. Konon- konon nak buat sarapan masa berpantang nanti. Kata nak kuruskan badan. Ayat serta azam jaman-berjaman...kapan mahu terlaksana.







Monday, November 24, 2014

Baju paling mahal...

Masuk tahun ni dah 5 tahun aku menjadi guru. Nak cerita yang hari ni parcel aku dah sampai. Parcel apa...ok batik yang aku beli melalui online. Harganya rm320. Huhu...baju paling mahal aku pernah beli ok. Ni semua pengaruh nafsu dan pengaruh berkursus hari tu. Tengok orang tayang baju batik cantik-cantik, kita pun nak juga. Tertawan ok...so semalam aku godek2 internet, cari batik desa murni. Dapatlah sehelai. Jualan penghabisan stok katanya. Kalau tak, harganya rm420. Discount rm100. So grab selai dulu. Dulu?? Macam akan ada next episode jek. Beringat2 ye Aryana...ok design apa aku pilih. Meh tengok..







Sunday, November 23, 2014

mee tarik warisan asli...

Assalamualaikum...kembali bersiaran.

Kol 6 petang tadi pergi makan mi tarik warisan di Padang Jawa Shah Alam. Ramai orang wo...in semua gara-gara pengaruh kawan-kawanlah ni. Chinese food ni kadang sedap jugak. My hubby yang start kenalkan makanan chinese ni.




Wah...hp baru ni boleh guna untuk update blog lah...sukanya...hihi...tq my darling...

Saturday, November 22, 2014

Kursus CPD@IPG Teknik&Politeknik Bandar Enstek, Nilai

Selepas hi tea 16hb tu, aku kena pergi kursus CPD di Bandar Enstek. 17 hingga 21 hb. So semalam berakhir kursus tu.Alhamdulillah...Berjaya juga habiskan kursus selama 5 hari tersebut walaupun sedang sarat. Jadual memang padat. 30% input 70% daripada kumpulan. Nasib kumpulan sinergi (kumpulan akulah tu) memang gila2...seronok pula rasanya. Banyak input dapat daripada kursus ni. Memang tak dinafikanlah. Sambung belajar. Ramai juga pensyarah yang tekankan supaya sambung belajar. Kita perlu sentiasa transformasikan diri kita. Macam rakan aku izma dan kak zurina yang sedang future study master memang dari segi fikir mereka nampaklah perbezaannya daripada kami ni. Lagi- lagi aku yang mengajar tahun 1. So selepas ini, kenalah pikir masa hadapan. Tak kan nak duduk mengajar di sekolah selamanya atau duduk di tahun 1 selamanya. In Sya Allah, perancangan dah ada di pikiran nak buat apa. Kita target untuk jangka masa terdekat dulu. Apa tu? Lain kali aku cerita ya.




Friday, November 21, 2014

Hi-tea@Holiday Inn Glenmarie

Hi- tea utk tahun ni dibuat di Holiday Inn. wah, makanan memang best!!sampai sakit pinggang aku makan. Sangat sedap ok!Acara bermula pukul 12 hingga 4 ptg. Aku pergi awal sikit sebab aku bahagian pendaftaran tapi aku balik dalam pukul 3 macam tu sebab dah tak larat.Dah start sakit pinggang. Tahap nk duduk @ berdiri pun dah tak larat oo...




Sunday, November 9, 2014

BELI PANDORA INSPIRED

Sekarang kan sedang demam pandora...so aku ada dapatkan Pandora inspired...nak dapatkan yang original sayang duit...huhu.Banyak lagi benda lain nak beli tapi teringin nak beli pandora emas.Ok ini design aku pilih.


Ini untuk anak dara aku...RM22

Aku punya, dah kena bukak 2 biji sebab xmuat. Oleh itu, kalau pakai saiz 17cm contohnya...untuk Pandora ni,kita kena lebihkan cmnya ye.Aku punya RM34. Beli di azuecollection.




P/s: dah boleh tulis blog dalam hp.hihi



Sekian dulu...




Saturday, November 8, 2014

HAPPY ANNIVERSARY...

8.11.2008~8.11.2014.

 Genap sudah 6 tahun kami melayari kehidupan berumah tangga dengan kehadiran 3 orang cahaya mata dan akan bertambah lagi hujung tahun ni, In Sya Allah...mudah-mudahan selamat semuanya. Banyak onak dan duri kami tempuhi bersama terutamanya dalam menjaga dan mendidik anak-anak kami yang sememangnya rapat. Kami banyak gaduh juga tapi alhamdulillah jarang berlanjutan. Kami selesaikan dengan baik. Suamiku seorang yang pendiam namun sesekali kalau bersuara, memang jadi gaduh. Huhu. Hadiah? Banyak dah suami aku bagi hadiah. Tak terkira. Dia suka bagi gadget kat aku. Ok semalam...dia ada karnival sukan. Bila balik dia bagi kejutan...hehe...dia hulur aku casing handphone...kemudian kotak handphone. Terharu aku wei..rasanya memang setiap tahun dia bagi aku handphone baru. Hahaha...untung2...so dia ambil handphone lama aku. Tak lah lama juga...tahun lepas juga dia belikan. Sian dia...aku setakat belikan dia minyak wangi Body shop, seluar dan baju kerja. Banyak seluar dia dah tak elok so sebagai hadiah aku belkikanlah...aku tak pandai nak belikan gadget2 ni kat dia walau aku tahu dia suka gadget2 ni...Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan suami sepertinya. Menjadi suami aku di dunia ini. Terima kasih abang sebab menerima aku seadanya walau kekadang ada komplen sikit sana sini...






hadiah apa??hehehe...handphone baru...yeayyyyy....








tq uolls....






sekian dulu...



Sunday, November 2, 2014

MY BREASTPUMP HISTORY

Ok, kali ni aku nak cerita tentang gadget mak-mak breastfeeding ye. Inilah breastpump aku@peneman aku sepanjang aku breastfeeding anak2 aku.


~google~

Ok...ini adalah breastpump aku yang pertama digunakan untuk anak yang pertama.. Pureen manual breastpump. Botolnya sangat gebu ok. Untuk kesan mengepam amatlah mengecewakan...sakitlah bila guna pam ni. Nasiblah murah aje dalam 50++. Aku guna sekejap saja pam ni. Lepastu hilang entah ke mana. 

~google~

Ok...ini adalah pam kedua aku. Tanpa pengetahuan dan bacaan...aku terjah kedai beli pam lagi. Kali ni jenama snow bear menggunakan battery dan elektrik. Namun entah kenapa nasib aku terima macam aku guna pureen manual sebelum ni. Dapat sakit tapi susu tak keluar juga. Makanya anak aku yang pertama awal2 lagi dah menyusu formula. Malam sahaja breastfeeding dengan aku. Sian abang...dahlah lahir tak cukup bulan. Huhu


Ok ni pam ketiga aku yang aku beli untuk anak kedua. Masa ni aku sudah berjinak-jinak dengan review di internet so ramai yang suggest pam ni dan Alhamdulillah aku dapat menyusukan anak kedua aku selama 2 tahun. Aku beli package ni dekat Little Whiz melalui seorang rakan Kak Ija. Harga semua sekali dalam 600++. Sekarang aku tengok dah murah sangat dah...Pengeluaran susu pun cepat. Memang berbaloi beli pam ni.


Ok...ini adalah pam keempat aku untuk menyambut anak keempat nanti. Anak ketiga aku, aku masih gunakan pam spectra 3 lagi namun disebabkan tak hantar servis...pam tu macam kureng dah. Disebabkan kemalasan nak hantar, aku beli pam baru. Ini hah Medela Harmony. Dah cuba...macam ok. Tunggu baby lahir, kite operasi ye. Harga aku beli RM165 termasuk postage di mymommashop. Harap2 dapatlah aku menyusukan anak keempat ni lama sikit. Anak ketiga tak dapat nak menyusukannya sehingga 2 tahun sebab aku dah mengandung dan susu aku merundum. Dapat exclusive breastfeeding 4 bulan je. Seterusnya breastfeeding dia campur2 dengan susu formula. Malam memang aku susukan dia. Kadang2 je bagi formula. Hope dengan bantuan pam ini dan izin Allah, aku dapat susukan anak keempat ni lama sikit. Exclusive ye bermaksud tak campur langsung. Huhu...










Sekian dulu...






MY AMMAR ZAKWAN 1 TAHUN KINI

Anak aku yang paling bongsu sudah genap 1 tahun. Alhamdulillah dah boleh jalan jalan jatuh...jalan jalan balik...jatuh. Dah pandai main dengan abang dan kakak dia. Sekejap sahaja jadi baby sebab dia akan ada adik bulan 12 nanti. Sian Ammarku...tapi Ammar kuat. Sebenarnya dia bukan jenis budak meragam. Agak senang menjaganya. Nak menyusu, nak tidur baru dia meragam menunjukkan aksi kalau tidak, dia main sendiri dan mamanya membiarkan sahaja sambil baring-baring main handphone...Ammar yang bijak...mama doakan Ammar jadi anak yang soleh ye...bahagia dunia dan akhirat. Amin...mama sayang semua anak mama dunia akhirat...walau kekadang mama terkasar tangan dan mulut sebab kamu semua sangat nakal tetapi jauh di sudut hatiu mama, mama selalu doakan yang terbaik untuk kamu semua... cemerlang dunia dan akhirat. Moge2 anak2 mama dijauhkan penyakit merbahaya dan penyakit hati.




mama sayang Ammar Zakwan...muuuuah....


Saturday, November 1, 2014

MOM & BABY EKSPO 2014@IDCC MALL

Semalam punya cerita...aku mengajak suami pergi mom&baby ekspo di IDCC mall. IDCC mall ni bangunan belum siap sepenuhnya. Ekspo ni dibuat di bahagian atas sekali. Aku tak tahu so parking bawah dan menapak naik sampai tingkat 6 ko...huhu..dahsyat sungguh!!Tu pun parking berdekatan pintu masuk...ada yang parking lebih jauh. Kasihan pula tengokkan. Memang ramai tak tahu ianya dibuat di bahagian atas sekali. Kalau tahu, mungkin ramai yang parking di atas. Ini pertama kali dibuat di situ. Sebelum ni di SACC mall. Rasanya di SACC mall lebih baik kot. Sebab bangunan ni belum siap sepenuhnya, 6 tingkat...3 eskulatornya tak berfungsi maka dengan gigih mak buyong ni menapak lagi ko...huhu...geram pula rasa. Mesti ramai lagi mak buyong macam aku dok menapak tangga...(tinggi wo)...memang pihak penganjur kena ambil pusing hal ni. Lif memanglah tak ada kan...ramai lagi pekerja sedang berkerja untuk bangunan tak siap lagi tu. Sampai atas oklah...banyak tempat duduk boleh duduk melepaskan penat. Ramai yang duduk2 termasuk mak2 buyong macam aku. Ni first time aku pergi ekspo mom&baby...dan rasanya aku x pergi lagi kot lepas ni. Baiklah ke Jusco atau Sogo shopping. Dengan ramai orangnya...dan barang-barang yang dijual memang agak murah tetapi nak mengharungi lautan orang dan tempat yang agak tak memuaskan tu baiklah aku ke shopping2 mall. Namun berpuas hati jugalah apa yang aku cari dapat, kalau tak lagi meroyan aku dibuatnya...penat wei menapak...sian aku dan padan muka aku. Nasiblah anak2 tak ikut, ayah dia jaga dalam kereta. Oklah ni saja pasal mom&baby ekspo...ni hah barang2 yang aku beli...dari hall 1 sampai hall 8 ni ajelah yang aku beli. Sesiapa nak pergi boleh parking kat bahagian atas ye kalau tak kenalah menapak macam aku kalau eskulator tak berfungsi,,,penat wei...lagi2 yang bawa anak kecil...



Botol mam tu memang aku nak cari pun. Kalau di ekspo2 macam ni memang murahlah berbanding di kedai.

ambil 12 month punya...budak kan cepat besar...


Gambar atas yang aku beli...ini goody bag yang aku dapat lepas register. Tentang goody bagnya ni aku suka. Tambahan lagi ada 3 kotak air kotak Enfagrow A+ perasa coklat. Sampai kereta aku sekotak, anak  aku berdua tu sorang sekotak. Nasib goody bag dia best...tak mengandung tak pergi...





sekian dulu...


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014