Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, October 4, 2014

TEST DRIVE...BOOKING...???

Cerita seronok ni...hehehe...semalam pagi Jumaat aku ajak suami dan macam biasa berangkutlah bala tentera aku Aziz, Amni dan Ammar pergi Produa cadang nak tengok2 dan test drive Produa Axia yang baru keluar tu.  ...wah best jugak Produa Axia ni.  Pusing taman perumahan dan jalan besar siap terlanggar lubang lagi. Suami yang bawa sebab aku tak beranilah kan...kereta baru. Lagi satu kena pegang si Ammar ni. Kereta yang kami bawa tu jenis Advance. Proodua Axia ni ade jenis E,G,SE dan Advance...Yang E paling basic so aku berkenan yang G. Sedang2 je. Harganya pun boleh tahan...Kalau hutang bank tak menyeksa dirilah...kalau ikat 7 tahun ok lagi...warna pun banyak juga. Ada warna lomongrass, putih, hitam, cherry blossom dan merah. Aku berkenan warna lomongrass tu. Adakah aku akan pergi booking? Booking rm300...


Ni kira2 yang sales person tu buat. Memang baiklah dia ni...nama pun juru jual kan...ok...nak booking ke tak ni?




kereta test drive yang kami naik...jenis advance...jenis2 kereta ni dibezakan dengan accessories je...advace ni complete lah...dengan gps bagai....so tepuk dada dan tepuk wallet ye...




macam Daihatsu Ayla yang diorang cakap tu...


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014