Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, September 20, 2014

suamiku jatuh motorsikal...

Cerita ni dah seminggu lebih cuma baru nak post...Em...9/09 pukul 11.30 pagi jiran aku Kak Ija whatsapp aku kata zaki excident. Menangis terus aku masa tu. Menurut dia, Zaki tak bagi beritahu aku  tapi dia tetap beritahu sebab aku isteri kan. Huhu melampau betul suami aku tu. Em jatuhnya pukul 7.30 pagi on the way pergi kerja katanya. Nasib kawan dia nampak.

Ambulans bawa ke Hospital Klang...Selepas letak telefon, terus aku telefon suami dan aku menangis lagi. Mana tak terkejut...inilah pertama kali sejak kami kahwin suami aku mengalami excident macam ni. Aku memang berterima kasih dengan rakan-rakan pejabatnya yang menghulur bantuan masa suami aku dalam kesusahan terutamanya Kak Naz yang merupakan bos lama dia. Dalam hati dah meronta-ronta nak tengok suami di wad kecemasan tapi apakan daya, hari itu pengasuh minta cuti...anaknya masuk hospital. Terpaksa aku jaga anak aku yang bertiga tu...aku beritahu keluarganya dan kakak dia di Pulau Indah menjenguk di wad. Alhamdulillah ada yang dekat. Kak Mah siap send gambar dalam whatsapp.


Petangnya suami aku minta tukar ke KPJ. Rakan pejabat dia yang uruskan pemindahan semuanya. Alhamdulillah, Aku nekad ajak jiran aku pergi tengok tetapi adik ipar aku Nik mesej supaya tunggu dia dan kami pergi sekali ke wad kecemasan di KPJ. Keadaan lebih baik dari di Hospital Klang. Suami aku sudah baring dan ditukarkan baju. Mak, Nik dan suami, Dik Lan dan isteri...terima kasih banyak-banyak sebab ada di samping sewaktu keadaan suami macam tu. Nasib keluarganya dekat untuk mengadu, Alhamdulillah Ya Allah Kau telah selamatkan suamiku...bersyukur sesangat suami tidak ada apa-apa yang serius cuma tangan kanannya langsung tidak boleh gerak. Menurut doktor patah belakang jari kelingking.





Hari esoknya aku minta keluar awal dari sekolah untuk melawat suami. Cadangnya boleh keluar tetapi atas masalah GL...suami dapat keluar keesokannya pula. Rakan-rakan pejabatnya ada datang melawat. Alhamdulillah...Aku ambil suamiku keesokannya selepas waktu sekolah pukul 1 tengah hari. Alhamdulillah tak payah operate katanya tapi kena pakai simen tu untuk tempoh 2 minggu. Malamnya jiran aku Iza datang...




Hari Sabtu kakak ipar sekeluarga datang...hari Ahad pula mak aku dan Along datang sehingga hari Selasa...Terharu aku. Memang penat aku jaga budak bertiga ni dengan perut aku macam ni. Termengah-mengah aku dibuatnya...Nasiblah cuti sekolah seminggu. Emak aku balik aje, abang ipar dan isteri datang...Alhamdulillah tak putus saudara datang melawat suami...Syukur...

17/09 - Hantar suami follow up di KPJ...Dr Sim cakap 24 hb nanti bolehlah bukak...dan appoinment dengan fisioterapi. Oklah tu...setakat ni suami aku dah boleh gerak tangan kanan...tapi tak boleh pusing2 sangat. Masih sakit katanya.

18/09- Bapak dan mak suami datang melawat tapi sekejap aje...hihi. Kira bertuahlah tu sebab bapak memang susah nak diajak ke mana-mana.hihi...

Hope suami akan kembali pulih seperti sedia kala...cadang nak beli kereta kedua untuk kegunaan selepas ini. Rasanya tak nak dah suruh suami bawa motor pergi kerja. Dia bawa bukan pandai nak perlahan...sebab lajulah tu dia excident.



Bye...



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014