Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, January 17, 2015

kisah sedih

Nak cerita sedih hari ni. waktu aku buat entry ni, semua 4 orang anak aku sedang tidur. Bolehlah mama berehat. Kisah pagi tadi dalam pukul 10 pagi ketika menghayun buai Ammar masa nak tidurkan dia...tiba-tiba spring buai terputus. Dengan aku, dengan Ammar terperanjat. Ammar jatuh terus nangis. Alahai kesiannya anak mama. Sedih sangat hati aku. Hancur luluh melihat anak jatuh begitu. Walaupun kepala dia alas bantal tapi badan dia tak. Mesti badan dia sakit. 

Sebelum ni aku dah suruh suami rendahkan buai tu tapi suami buat tak endah je. Tetamu yang datang ramai yang tegur. Aku malas nak cakap banyak or bising-bising pada suami sebab sekarang dia ni lain sikit. Kuat marah...aku bukan takutkan dia cuma malas je. Kalau aku yang naik baran...lagi teruk. Syaitan bertepuk tangan kalau time aku marah. Suami aku kerja hari ni. Dari pukul 9 pagi sampai sekarang tak balik lagi.



Selepas jatuh tu aku terus peluk Ammar kuat-kuat. Maafkan mama dan ayah ye. Mama dan ayah cuai. Aku guna buai bukan apa. Ammar jenis tidur tak lena. Agak Susan nak handle dia sekali dengan baby. Kalau berbuai tu lama sikit dia tidur. Kadang-kadang time buai tu aku boleh susukan baby Aniq. Boleh imagine tak?Lepas aku gosok-gosok dia, terus dia lena dalam tangis. Sedih aku.


Termasuk hari ni, dah 2 Kali Ammar jatuh buai. Ok lepas ni mama nak simpan je buai ni. Jangan berbuai lagi dah. Serik dah mama. 

Harus diingat untuk membuat pemantauan 24 jam kepada anak yang baru jatuh. Sama ada anak muntah, tak aktif, kesan lebam belakang telinga takut ada gegaran otak. 






No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014