Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, January 2, 2015

Kisah Stoking

Kalau berpantang mesti kebanyakan orang tak lepas untuk mengenakan stoking kan tapi aku ni degil sikit...awal-awal berpantang lagi aku tak kesah berstoking. Rimas ok...dan pada minggu ketiga aku demam kesejukan. Bukan setakat stoking aku pakai, tapi berbaju sejuk dalam rumah. Memang sejuk yang teramat sangat. Cuaca pula tak menentu. kesimpulannya memang kena pakai stoking untuk elak masuk angin dan sebagainya. Sekarang ni memang 24 jam aku pakai stoking. Lebih-lebih lagi aku takut terdemam lagi.


 Kata orang bahaya demam dalam pantang ni. Boleh bawa sampai meninggal. Cerita ni ada diceritakan di blog Dr.Zubaidi. Lebih-lebih lagi juga si hb yang belikan stoking ni. Aku tak tahu corak ni je ke yang ada atau memang dia main ambil je. 3 pasang dia belikan, corak sama saja. 2 pasang warns biru, 1 pink...jadilah... Demam dalam pantang ni rasanya inilah kali pertama. Sebelum ni memang tak pernah demam just pening kepala sebab tak cukup tidur macamtu lah. Hari ni hari ke21 aku berpantang. Macam tak sempat je nak bertungku...macam tak sempat je nak berbengkung. kalau ikutkan semua tak sempat tapi sebolehnya kena curi-curi masa juga untuk kesihatan sendiri juga kan. Kalau dah sakit-sakit badan, sape yang susah? Diri sendiri jugak kan... Bab makan...huhu aku rindukan masakan suami ketika aku berpantang dulu-dulu. Sekarang ni adalah beberapa kali je dia masakkan aku. 2 kali bakar ikan...lepastu keesokan harinya aku cakap, biarlah aku masak sendiri. Ialah setakat ikan bakar masuk dalam pemanggang ajaib tu aku pun boleh buat. Kalau dulu-dulu ada juga dia sediakan sayur sawi bening. Huhu, terimalah hakikat si hb bukan macam dulu. Jangan nak mengharap sangat, nanti diri sendiri yang menderita. Masa mak aku ada dalam seminggu jugalah aku makan masakan mak aku. Mak Mertua aku dan kak ipar aku pun ada bawa makanan dalam minggu pertama berpantang. So minggu pertama berpantang makan memang sedaplah. Huhu. Tapi dah 2 kali ni lepas bersalin je suami belikan nasi arab...sedap. Namun aku lebih rindukan masakan dia. takpelah...dia juga yang tolong jaga anak-anak kan. Stress nanti dia kena buat macam-macam.


abang...belikan stoking kat Giant...RM1 je sepasang...

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014