Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, January 22, 2022

Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh Melaka

Kami bertolak ke Hotel Mudzaffar di Ayer Keroh Melaka pukul 10.30 pagi. Dalam 2 jam perjalanan, kami sampai di Ayer Keroh. Ceritanya begini, ke Melaka disebabkan undangan sahabat aku yang dulu sama universiti. Malah, kami sebilik pula. Agak-agaknya sudah berapa lama...hampir 16 tahun sudah tidak berjumpa. Memandangkan buatnya di Hotel Mudzaffar, kamipun buat tempahan satu malam. Dapat harga pengantin katanya. 

Lama tak makan kenduri. Makanannya sedap sangat. Bertahun rasanya tak makan lauk kenduri. Sejak wujudnya covid 19 ni.

Selesai makan, sementara menunggu check in...solat dulu dan duduk-duduk sahaja di kawasan lobi. Tepat jam 3 petang, aku ke kaunter untuk check in.  Bilik kau duduk ni kawan aku dah booking awal makanya cepat je sesi di kaunter. Hanya sebutkan nombor bilik. Dapat bilik ada balkoni menghadap pool, melompat-lompat budak-budak ni nak mandi.


Keadaan dalam bilik. Dalam bilik air ada bath tub. Rehat-rehat dulu baru mandi ya... 

Pool tak adalah besar sangat tapi mencukupilah untuk budak-budak. Bagi yang dewasa sekejap-sekejap sudahlah sebab makin petang, makin ramai. Ada 3 bahagian kolam dekat sinu, yang kiri kanan sesuai untuk budak-budak dan yang tengah sesuai untuk dewasa atau budak-budak yang pandai berenang...

Pukul 6.20 petang ayahnya ajak naik dah sebab masing-masing dah kesejukan. Dari pukul 4.30 petang mandinya, maunya tak sejuk.


Dah gigil. Tuala ada disediakan.

Selesai bersalin pakaian semuanya...masing-masing dah lapar semula. Aku pesan air bublebee. Guna foodpanda je. Self pickup sebab nak cari makan sekali.

 Hanya 3 minit perjalanan dengan kereta. 

Seterusnya, dari Bublebee ke Restoran Bangsawan. Boleh je nak dine in tapi biasalah kami ni...suka bungkus je. Namun, kalau nak makan situ...seeloknya telefon buat booking sebab masa aku pergi tu banyak dah meja kena booking. Menu utamanya nasi geprek. Aku bungkus 4 geprek ayam dan 2 geprek kmbing. Habis RM70 juga tapi sedap nasinya. Tunggupun tak lama. Tak sampai 10 minitpun. Pada ketika itu. 


Mana aku tahu ada restoran tu? Bublebee dan Mydin ada situ? Pasaraya Mydin aku singgah sebab nak beli milo dan biskut untuk kudap-kudapan. Mydin depan Bublebee je dan tempat letak keretanya banyak. Cumanya, biasalah orang beratur nak bayar agak panjang.

Berbalik kepada mana aku tahu tempat-tempat tu walaupun tak pernah menginap di Ayer Keroh ialah, aku tengok di apps Google maps je...sekarang lebih suka guna Google maps. Kedai tu buka atau tutup pukul berapapun ada tulis.

Okelah, habis cerita di Hotel Mudzaffar ni. Biasanya pagi akan sekali lagi mandi dan kemudiannya check out. Biasanya terus balik je. Zoo Melaka semua tu dah pernah pergi dan memang tak rancang nak ke mana-manapun.

Oke, itu sahaja dulu...







No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014