Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, January 21, 2022

Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Awal cuti bulan Disember tahun 2021 yang lepas, aku berkesempatan bercuti dengan keluarga kecil aku ke Pulau Pangkor. Termasuk kali ini, sudah dua kali aku ke Pulau Pangkor. Sebelumnya pada tahun 2020, aku ke sana atas urusan kerja. Rombongan dengan bas bersama kawan-kawan kerja. 

Berbalik kepada percutian ringkas kami ke Pulau Pangkor. Segala tempahan telah dibuat pada bulan sebelumnya. Kalau dah namanya pulau, kenalah buat tempahan awal supaya chalet atau hotel-hotel di sana tidak penuh. Akupun dikira agak lewat menempah dan kebanyakan chalet atau hotel sudah penuh. Nasib baik ada juga. Aku menempah dua malam dengan Hotel MNY.  Perjalanan dari rumah selama 3 jam. 

Tempahan tiket feri dan hotel semuanya atas talian. Kalau dari rumah aku ni, jarak perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Sesampai di Jeti Marina, naik feri 10 minit. Parking kereta di Jeti Marina. Sehari mereka ambil RM20. Walau setengah hari, tetap dikira RM20 juga.

Perjalanan dalam feri memang tak terasapun sebab sekejap je. Sampai di jeti Pulau Pangkor, kenalah cari teksi untuk ke hotel. Teksi semua jenis van berwarna merah jambu. Jangan ditunggu orang teksi tu tanya nak ke mana jawabnya memang ko akan berdiri kering di situ. Itulah yang terjadi pada aku mulanya. Manalah aku tahu kena tanya. He he. Kena rapat ke teksi-teksi tu dan tanya kalau-kalau mereka Sudah ada penumpang atau belum. Tunggu mereka di laluan masuk teksi. Tambang yang dikenakan ke Teluk Nipah tempat penginapan kami ialah RM20. 

Hotel kami namanya Hotel MNY. Dekat je dengan pantai. Dalam 2 ke 3 minit jugalah. Kalau nak lagi dekat, boleh menginap di chalet-chalet seperti  ..........Kawasaan Teluk Nipah ni memang meriah tau. Nak cari makanan senang sangat. Harganyapun biasa sahaja macam di Selangor. 

Memandangkan kami sudah makan tengah hari di Jeti Marina, kami hanya lepak-lepak di hotel sesampainya di hotel. Menunggu pukul 5 petang supaya redup sedikit untuk turun ke pantai. Oh ya, di jeti Marina ada food court! Murah jugalah nasi berlauk di situ. 

Sebelum turun ke pantai, budak-budak mandi di swimming pool dahulu di tingkat atas sekali. Memang seronok sebab tiada orang. Makan malam, kami cari di kedai-kedai melayu yang banyak di sekitar tepi pantai itu. Kos makan malam untuk 6 orang tak kebih 50 ringgit. Kami bungkus makan nasi ayam madu di Kedai Mamah Seafood. Kami memang suka bungkus je makanan dan bawa makan di hotel. 

Hari kedua, hanya bersarapan roti dan jam 8 pagi aku jalan-jalan cari pakej snorkeling. Memang banyak di situ. Pilih sahajalah. Okey, bila da jumpa, aku terus cari suami dan anak- anak yang dah turun mandi pantai seawal jam 7.30 pagi lagi. 

Kmi bergambar dahulu sebelum island hoping dan snorkeling. Punya seronoknya di sini, ko boleh snorkeling sampai lebam. Bila dah penat, baru call mereka suruh ambil. Apa yang seronoknya lagi, batu-batu di sini licin dan karangan melekat di batu-batu tu. Habis betis bercalar sebab tak kena gaya landingnya. Hati- hati ya.  Adik driver  tadipun dah pesan suruh berhati-hati.

Puas snorkeling. Puas cari ikan sebenarnya kerana disebabkan ramai orang, air jadi keruh. Ikanpun tak nampak sangat dah. Puas snorkeling sambung mandi di pantai sehingga jam 1 tengah hari. Nampak tak? Punyalah kami ni hantu air. Aku suruh suami dan anak-anak balik bilik dan aku pergi belikan makanan. Makan tengah hari kami untuk 6 orang hanya RM37. Makan nasi goreng Cina je. Aku pula makan bakso. Sedap. Makanan di situ sedap-sedap aku rasa. 

Ada apam balik sedap pula tu... Dekat Rm50 habis dekat apam balik Ngah tu je. Bamyak kali ulang-ulang beli makan tepi pantai. Plastik sampah kenalah buang di bakul sampah. Aku tengok banyak betul sampah tepi-tepi tu. 

Ingatkan penantlah mandi bila smpau pukul 1 tgh tu. Petang, sambung mandi lagi budak-budak ni di pantai. Suami yang teman. Aku malas dah nak mandi. Pakai lawa-lawa dah. Beli coklat dan air kelapa. 

Malamnya, aku ajak suami ke restoran viral konon-kononnya. Malam terakhir kami, mestilah nak merasa makan tepi pantai. Menapak dalam 10 minit sampai dah tempat tu. Dari jauh memang cantik seperti digembar-gemburkan. Makanan memang sedap dan tip top tapi dalam perjalanan balik tu baru aku tau pemiliknya orng Cina. Itupun sebab anak aku minta ke tandas,  suami temankan. Dia nampak patung dekat tepi toilet tu. Pekerja semua melayu, manalah kita nak tahu pemiliknya Cina. Kenyataan suami diteguhkan lagi bila masa aku buat bayaran,di bahagian cashier tu macam orang Cina. 

Akukan sejenis was-was, kalau korang tak kesah, boleh je pergi. Kalau aku tahu awal, memang aku tak pergilah jawabnya. Banyak lagi kedai melayu Islam. Perjalanan balik sempat juga singgah beli rojak buah. Malam- malampun Teluk Nipah masih meriah. Masih ramai yang berjualan.

Esok pagi hari ketiga, ambil peluang sekali lagi mandi-manda. Pukul 10 pagi bersiap-siap untuk pulang. Pergi je kaunter hotel untuk dipanggilkan teksi. Dalam 5 minit, teksi dah sampai untuk bawa kamu ke jeti Pulau Pangkor. Kami sarapan di sana. Pukul 11.30 pagi naik feri. Memang feri ikut masa yang ditetapkan.

Dari jeti Marina, kami ke Pusat Perusahaan Hasil Laut Jamilah yang tak jauh dari situ. Borong pelbagai makanan laut macam sotong gula, ikan kering dan macam-macam lagu. Di situ je habis RM200 lebih.


Oke itu sahaja untuk kali ini....



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014