Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, February 14, 2015

Our lunch-steamboat homemade

Bersiaran dari rumah mertuaku di Sg.Tengi. Kami sampai maghrib tadi. Waktu ni aku dalam bilik dah dengan baby Aniq. Dekat luar tu Ammar sahaja yang belum tidur. Menangis aje dia. Dugaan untuk kami...Ammar sejak demam dan selsema lama ni agak sensitif, kuat nangis dan tak boleh bersendirian. Ni aku sedih dengar dia nangis. Mungkin tak selesa sebab selsema dan batuk tu kan. 

Mama telah alaminya lebih dulu sayang...sabarlah...em, aku dah start bagi antibiotic kepada Ammar dan Amni sebab memang lama sangat ni mereka selsema dan demam. Kesian pula. Tadi dapat petua daripada adik ipar, diorang amalkan air beras perang untuk pulih demam dan sebagainya. Boleh cuba ni. 


Berbalik tengah hari tadi, suami rajin nak buat steamboat. Memang rajin dan banyak kali sudah dia buat. Lebih best steamboat di rumah dari di luar tu. Serious aku tak bohong. Kena try tau. Sedap pun sedap...bebas melayan anak makan. Tak kesah anak nak bermain sudu, tertumpah kuah ke...boleh buat ikut kuantiti kita nak.

Chef Z 




Esok keluarga Z nak buat BBQ...Rajin diorang ni buat makan-makan macam ni. Sempena birthday Akif dan Humaira juga.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014